Khamis, 30 Mac 2017


MADU SEBAGAI SERIBU PENAWAR


Madu telah menjadi sebahagian daripada diet manusia sejak zaman purba. Di Mesir dan Babylon, madu telah digunakan sebagai ubat untuk pelbagai penyakit. Sehingga kini, manfaat kesihatan yang diperolehi daripada madu diiktiraf secara meluas oleh masyarakat moden dan saintifik.













MADU SIDR @ MADU YAMAN (YEMEN)

Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.o
Madu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.
Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.
MADU RATU (ROYAL JELLY)
Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).
Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia.
Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.
MADU PROPOLIS
Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek.
Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit.
Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di Brazil.

MADU MANUKA
Madu Manuka merupakan madu yang dimpot daripada New Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang mempunyai udara yang bersih.
Oleh itu, madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora). Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah ternak.
Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit. 
MADU KELULUT
Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok).

Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.
Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
APAKAH KANDUNGAN DALAM MADU?
Madu merupakan sumber karbohidrat, yang mengandungi:
 80% gula semula jadi – Mengandungi gula ringkas fruktosa dan glukosa. Rasa madu adalah lebih manis daripada gula disebabkan oleh kandungand fruktosa yang lebih tinggi.
 18% air – Lebih sedikit kandungan air dalam madu bermaksud lebih baik kualiti madu itu.
 2% mineral, vitamin, debunga dan protein.
Vitamin yang terdapat dalam madu adalah vitamin B6, thiamin, niacin, riboflavin, asid Pantothenic dan asid amino tertentu.
Mineral yang terdapat dalam madu termasuk kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium, natrium dan zink.
MADU SEBAGAI ALTENATIF RAWATAN BATUK

Dua sudu teh madu adalah sama berkesan dengan ubat batuk sebagai rawatan batuk untuk kanak-kanak, menurut Dr James Steckelberg dari Mayo Clinic. Ramai orang telah menggunakan madu yang dicampur dengan jus lemon dan air panas, sebagai rawatan untuk batuk. Ia menjadi minuman yang melegakan dan menyembuhkan, disebabkan oleh sifat anti-bakteria yang terdapat dalam madu. Walaubagaimanapun, jangan sesekali memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun, kerana terdapat risiko jangkitan botulism yang boleh terjadi kepada bayi.

Ahad, 19 Mac 2017

MENJADIKAN BIDANG FOTOGRAFI SEBAGAI LUBUK DUIT

Saya beri idea ini atas dasar nak bantu semua peminat fotografi tak kira dari profession apa pun. Saya pernah lakukan kerja-kerja freelance ini yang pada mulanya macam tiada apa tapi bila teknik gambar yang kita hasilkan lain dari yang lain maka sampai ketikanya harga sekeping imej yang dirakam menyamai harga sebuah camera Nikon F3 yang saya gunakan pada masa itu.

Fotografi adalah satu bidang kemahiran yang juga memberikan pendapatan yang lumayan sekiranya anda begitu serius untuk memahirkan diri dalam bidang ini. Dengan kamera di tangan yang mahal, pastinya anda terfikir bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan melalui bidang ini. Walaubagaimanapun cara anda untuk mendapat pulangan lumayan dari bidang fotografi ini, anda harus ingat bidang ini bukan mudah untuk mencapai pulangan yang baik sekiranya anda tidak memulakan dengan mempelajari teknik fotografi yang betul dalam sesuatu genre.

Belajar mengambil gambar yang paling senang dahulu. Contoh untuk ambil gambar frame buah –buahan, bunga- bungaan dan makanan. Jadi manusia yang kreatif fikir idea nak buat duit. Dari dinding rumah ke rumah kita bleh jadikan foto kita sebagai koleksi yang menarik perhatian . Ada beberapa ruang yang perlu kita letakkan gambar pada sebuah rumah. Pertama ruang tamu, Kedua ruang dapur dan Ketiga bilik tidur. Biasanya rumah mewah amat perlukan decoration foto-foto yang bersesuaian seperti foto portrait dan panorama di jendela tamu, makanan dan minuman diruang makan . Begitu juga pejabat dan restoran banyak ruang pameran untuk gambar..





Anda tak perlu pergi bertemu pelanggan, Cuma kalo ada bijak ambil gambar dan framekan secantik yang mungkin kemudian jual ditepi jalan atau melalui online. Saya juga sanggup berkongsi idea menghasikan gambar dalam lukisan andainya ada sesiapa yang mahu mempelajari teknik tersebut.. Apa pun segala keputusan bergantung kepada terma dan syarat jugalah. Mempunyai Camera DSLR  adalah syarat paling utama..

Bila ruangan sudah terbuka untuk anda meneroka medium social  barulah anda melangkah ke tahap yang lebih advance. Masa tu anda boleh berhadapan dengan orang ramai dengan camera DSLR disisi anda. Banyak cara yang anda bleh dapat wang. Bila pandai guna camera dan ada sedikit  fotografi technique sudah tentu ada bersedia untuk mengambil gambar kalo tak besar pun majlis sambutan hari lahir, kemudian majlis perkahwinan, majalah pelajar sekolah dan paling terror jadi photographer untuk corporate fungtion .. 

Ahad, 12 Mac 2017

DISEBALIK TABIR KEHIDUPAN
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar adakalanya yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Bagi pendapat aku apa yang kita terima telah ditentukan .. tak guna untuk menyesal andainye ia akan lebih menyakitkan hati dan perasaan. hidup hanya sekali.. selalulah bersyukur dengan nikmat yang kita terima.. jaga hati dan jaga kesihatan itu lagi penting.. Sentiasa ceria agar tetap kelihatan segar dan awet muda.. Lupakan sementara perkara-perkara yang membawa stress.. Lebihkan tawakal.. Amalkan sikap mahmudah dan jauhi sifat mazmumah.. sesungguhnya tuhan sentiasa melindungi orang yang tawadduk.. hanya dengan cara berserah pada allah kita dapat menghindari hati kita dari bersekongkol dengan jin atau syaitan dan dinodai oleh nafsu manusia yang tiada perhentian..

RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN 

With my first bos at RTM , Angkasapuri, Kuala Lumpur

Bersama Rakan-rakan Penerima Anugerah Usahawan Kecil dan Sederhana PIHP Wilayah Persekutuan

Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Cornwallis, Penang

Pulau Pangkor


Penyelidikan Bersama UKM Menyusuri Sungai dan Lautan Sepanjang Kerian hingga Ke Pulau Pangkor, Perak

Sg, Lembing, Pahang 
 Musabaqah Al-Quran di PWTC, Kuala Lumpur


Bersama Pelajar Multimedia Universiti Kuala Lumpur

By: ADICALA ( Perintis Ruang dan Masa )