DI KAMPUNG HALAMAN
CERITA PASAL KAMPONG
Tempat jatuh
lagi dikenang inikan pula tempat bermain.! Budaya balik kampung mestilah
diteruskan sebagai salahsatu cara kita merapatkan silaturrahim antara
kita dengan keluarga yang lain.
Antara sebab kenapa balik kampung :-
1. Menyambut Perayaan Bersama Keluarga
1. Menyambut Perayaan Bersama Keluarga
2. Menghadiri Majlis Perkahwinan Kaum Keluarga dan Kenalan Kampung
3. Menghadiri Majlis Kematian Keluarga atau Orang Yang dikenali
Bagi aku balik kampung ini tiada terbatas kerana aku punya ramai saudara mara dan sahabat handai
disana.. kalo banyak cuti aku akan luangkan masa menziarahi mereka sambil
beriadah.. bila sesekali balik tentu banyak yang akan berubah dan pastilah
kenangan manis masa lampau dikampung akan kembali mengusik rasa. hahaha.. masa mandi sungai,
mancing ikan dan main meriam buluh waktu raya.. apa yang penting kita enjoy
balik kampung.. Bila dah dapat terapi minda barulah fikiran tenang sikit..
Banyak manfaat balik kampung ni..salah satu yang menguntungkan dapat hirup
udara segar.. Kalo kat bandar hari-hari kita telan gas monoxide.. sampai
paru-paru pun dah hitam legam..
Koleksi foto dibawah ini adalah sebahagian dari himpunan gambar yang pernah mendapat sentuhan ku bermula dari awal pembabitan aku dalam bidang fotografi hinggalah kini yang mana ada diantara individu dalam siaran ini telah pergi meninggalkan kita. Apapun kita sama-samalah sedekahkan Al-fatihah untuk mereka. Doa ku semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka dan ditempatkan dikalangan shuhadah dan solehan..

Dihadapan Rumah Emak |
Musim Buah Rambutan Dikampung |
By: ADICALA ( Perintis Ruang dan Masa )