Ahad, 19 Mac 2017

MENJADIKAN BIDANG FOTOGRAFI SEBAGAI LUBUK DUIT

Saya beri idea ini atas dasar nak bantu semua peminat fotografi tak kira dari profession apa pun. Saya pernah lakukan kerja-kerja freelance ini yang pada mulanya macam tiada apa tapi bila teknik gambar yang kita hasilkan lain dari yang lain maka sampai ketikanya harga sekeping imej yang dirakam menyamai harga sebuah camera Nikon F3 yang saya gunakan pada masa itu.

Fotografi adalah satu bidang kemahiran yang juga memberikan pendapatan yang lumayan sekiranya anda begitu serius untuk memahirkan diri dalam bidang ini. Dengan kamera di tangan yang mahal, pastinya anda terfikir bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan melalui bidang ini. Walaubagaimanapun cara anda untuk mendapat pulangan lumayan dari bidang fotografi ini, anda harus ingat bidang ini bukan mudah untuk mencapai pulangan yang baik sekiranya anda tidak memulakan dengan mempelajari teknik fotografi yang betul dalam sesuatu genre.

Belajar mengambil gambar yang paling senang dahulu. Contoh untuk ambil gambar frame buah –buahan, bunga- bungaan dan makanan. Jadi manusia yang kreatif fikir idea nak buat duit. Dari dinding rumah ke rumah kita bleh jadikan foto kita sebagai koleksi yang menarik perhatian . Ada beberapa ruang yang perlu kita letakkan gambar pada sebuah rumah. Pertama ruang tamu, Kedua ruang dapur dan Ketiga bilik tidur. Biasanya rumah mewah amat perlukan decoration foto-foto yang bersesuaian seperti foto portrait dan panorama di jendela tamu, makanan dan minuman diruang makan . Begitu juga pejabat dan restoran banyak ruang pameran untuk gambar..





Anda tak perlu pergi bertemu pelanggan, Cuma kalo ada bijak ambil gambar dan framekan secantik yang mungkin kemudian jual ditepi jalan atau melalui online. Saya juga sanggup berkongsi idea menghasikan gambar dalam lukisan andainya ada sesiapa yang mahu mempelajari teknik tersebut.. Apa pun segala keputusan bergantung kepada terma dan syarat jugalah. Mempunyai Camera DSLR  adalah syarat paling utama..

Bila ruangan sudah terbuka untuk anda meneroka medium social  barulah anda melangkah ke tahap yang lebih advance. Masa tu anda boleh berhadapan dengan orang ramai dengan camera DSLR disisi anda. Banyak cara yang anda bleh dapat wang. Bila pandai guna camera dan ada sedikit  fotografi technique sudah tentu ada bersedia untuk mengambil gambar kalo tak besar pun majlis sambutan hari lahir, kemudian majlis perkahwinan, majalah pelajar sekolah dan paling terror jadi photographer untuk corporate fungtion ..