Selasa, 1 Ogos 2017

MUZIUM NEGARA (MALAYSIA) BERWAJAH BARU


Orang ramai boleh mula menikmati kemudahan MRT Fasa 2 laluan Muzium Negara – Kajang pada Isnin ini 17 Julai 2017 mulai jam 4 petang.


Pada tarikh itu maka bermula era baru sistem pengangkutan yang moden dan efisyen bagi pengguna laluan fasa kedua MRT antara Kajang dan Muzium Negara ..











Dari Stesen Muzium Negara rangkaian MRT disambungkan ke Stesen KL sentral melalui laluan penjalan kaki bawah tanah  passageway  sejauh lebih kurang 200 meter..  

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000 kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) beroperasi sepenuhnya nanti..

Pembukaan fasa kedua laluan Semantan-Kajang sepanjang 30km, ini akan melengkapkan Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) sepanjang 51km dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni