Sabtu, 9 September 2017

ANTARA 10 NEGARA TIP TOP DENGAN NILAI WANG PALING TINGGI DAN 3 BUAH KOTA PELANCONGAN TERBAIK DUNIA

1. Dinar Kuwait (KWD)
1 KWD = RM13.94
Dalam senarai nilai matawang paling tinggi di dunia, diungguli oleh KWD, atau Dinar Kuwait yang merupakan matawang bagi Kuwait. Matawang negara yang kaya dengan minyak ini begitu kuat dan kukuh adalah disebabkan ekonominya yang sangat stabil.
Kuwait menggunakan Dinar Iraq buat sementara waktu ketika Perang Gulf, dan kemudiannya menyandarkan Dinar Kuwait kepada USD.
Pada tahun 2007, Dinar Kuwait bebas daripada mana-mana pengaruh matawang dan bermula tahun 2013, KWD adalah matawang yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia. 
1 KWD bersamaan USD3.32 atau RM13.94
2. Dinar Bahrain (BHD)

1 BHD = RM11.12
BHD atau Dinar Bahrain adalah matawang bagi negara Bahrain. Lokasi strategik Kerajaan Bahrain memberikan peluang kepada hubungan asing yang menguatkan lagi matawang Bahrain. Pekerja asing paling banyak di Bahrain adalah orang India yang membuatkan kadar pertukaran Dinar Bahrain paling popular adalah kadar INR (Rupee India) kepada BHD.
Selain itu, negara ini menarik minat ramai pekerja asing dari serata dunia kerana nilai matawang yang sangat tinggi. Ketika ini 1BHD bersamaan RM11.12
3. Riyal Oman (OMR)
1 OMR = RM10.90
Oman adalah negara yang mempunyai nilai matawang ke-3 paling tinggi di dunia, iaitu OMR atau Riyal Oman. Sebelum menggunakan OMR, Oman menggunakan matawang INR atau Rupee India, sehingga 1940. Disebabkan ini, kadar pertukaran Riyal Oman adalah kadar dari INR kepada OMR.
Walaupun pasaran minyak mentah menjadi merosot akibat bekalan berlebihan oleh Oman, namun Riyal Oman masih tetap kukuh. Ketika ini, 1 OMR bersamaan USD2.60 atau RM10.90.
4. Dinar Jordan (JOD)
1 JOD = RM5.92
Berada di tangga ke-4 nilai matawang paling tinggi adalah JOD atau Dinar Jordan. Kadar pertukaran Dinar Jordan paling popular adalah kadar JOD kepada EUR. Terbing Barat juga menggunakan Dinar Jordan, dan ketika ini 1 JOD bersamaan RM5.92.
1 GBP = RM5.52
5. Pound Sterling (GBP)
Pound sterling atau GBP adalah antara matawang paling popular di dunia selepas USD. Kebiasaannya umum hanya mengetahui GBP sebagai matawang bagi United Kingdom sahaja, namum ia juga merupakan matawang bagi Jersey, Guernsey, Isle of Man, South Georgia, Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Tristan da Cunha.
Pound sterling berada di tangga ke-5 matawang paling bernilai, dan matawang ke-4 paling banyak diniagakan di pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran paling popular bagi Pound Sterling adalah kadar EUR kepada GBP. Nilai 1 GBP kepada RM ketika ini adalah RM5.52.
6. Pound Gibraltar (GIP)
1 GIP = RM5.52
Gibraltar juga merupakan salah satu daripada Wilayah Luar Negara British, yang terletak di pantai selatan Sepanyol. Matawang yang digunakan Gibraltar adalah Gibraltar pound (GIP). Ia boleh ditukarkan dengan nilai British pound pada nilai setara iaitu 1:1. GIP dikawal oleh bank pusat dan Kerajaan Gibraltar bertanggungjawab menghasilkan dan mencetak wang syiling dan kertas.
Pertukaran Gibraltar Pound paling popular adalah kadar EUR kepada GIP. Nilai GIP adalah bersamaan RM5.52
7. Dolar Cayman (KYD)
1 KYD = RM5.12
Kepulauan Cayman adalah pulau di Wilayah Luar Negara British (British Overseas Territory) yang merangkumi 3 pulau di selatan Laut Caribbean. Matawang yang digunakan di kawasan berkeluasan 264 kilometer persegi ini adalah Dolar Cayman atau KYD.
Kadar pertukaran matawang Kepulauan Cayman paling popular adalah kadar USD ke KYD. Sebagai matawang ke-7 paling bernilai di dunia, nilai 1 KYD adalah bersamaan 1.22 USD atau RM5.12
8. Euro (EUR)
1 EUR = RM5.06
EUR adalah matawang bagi rasmi bagi negara-negara di benua Eropah iaitu 19 daripada 28 negara Kesatuan Eropah. Antara negara-negara yang menggunakan matawang EUR adalah Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Sepanyol.
Lebih daripada 1.109 trilion wang Euro berada dalam edaran wang dunia sehingga Januari 2017, membuatkan nilai gabungan wang kertas dan syiling euro sebagai matawang yang paling banyak di dunia, mengalahkan USD. 
9. Franc Swiss (CHF)
1 CHF = RM4.43
Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama matawang CHF atau Swiss Franc ini. Ia merupakan matawang bagi Switzerland dan Liechenstein. Ia merupakan matawang ke-9 paling bernilai di dunia ketika ini. Umum mengetahui Switzerland mempunyai antara salah satu bank paling selamat di dunia, dan sektor perbankan rahsia Switzerland membuatkan matawang CHF sebagai modal antarabangsa yang selamat.
Ketika Switzerland menyertai kesatuan mawatang, ia menyandarkan matawang Franc kepada Euro membuatkan mereka mempunyai dua sistem matawang, dan tidak memansuhkan penggunaan Franc.
Kadar pertukaran Swiss Franc paling popular adalah kadar EUR kepada CHF

10. Dolar Amerika (USD)

1 USD = RM4.20
Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dikatakan sangat gah dan pelopor kepada ekonomi dunia, namun ia bukanlah yang tertinggi dan paling bernilai di dunia apabila berada di tangga ke 10. Walaubagaimanapun nilai USD semakin menurun untuk beberapa tahun yang lepas, ia masih kuat dan stabil.
USD adalah matawang yang paling banyak diniagakan dan kadar pertukara USD paling popular adalah kadar USD ke EUR.
Bagi yang pertama kali ingin melancong ke luar negara mungkin negara-negara ini sesuai untuk beistirehat dan bercuti dengan mereka yang tersayang
Perkara utama yang patut kita ketahui disini sebelum memulakan sesuatu aktiviti pelancongan ialah negara-negara yang kita lawati ini memiliki pemandangan yang indah serta yang mesra pelancongan dan mempunyai tahap keselamatan terunggul.. Dibawah ini adalah negara-negara yang mana majoriti penduduknya adalah orang-orang paling positif dan paling baik di dunia. Memiliki ekosistem alam semulajadi terpelihara selain sistem rangkaian pengankutan yang sistematik dan index jenayah paling minima.. Ini bukanlah dongeng, ini adalah kenyataan yang ada.

PERTAMA
Australia memiliki jumlah populasi penduduk yang agak rendah, warganya yang bersatu padu dan juga jumlah penglibatan masyarakat yang tinggi dalam bidang sosial. Alasannya cukup sederhana, orang-orang Australia pemurah, mudah mesra dan sangat menghargai rakan atau tetamu. Mereka menyukai parti berbentuk BBQ di taman terbuka dan menghabiskan waktu riadah dengan bersosial bersama rakan atau keluarga terdekat.



KEDUA
Belanda sebuah negara yang kaya dengan pemandangan tradisional Kincir Angin ini menonjol dalam aktiviti fisik dan masyarakatnye gemar berbasikal kemana jua. Mereka lebih selesa dan bangga dengan sistem trek untuk basikal yang aman, yang merangkumi sepanjang 30.000 kilometer. Jika anda sedang berkunjung ke Amsterdam, jangan lupa untuk menyewa basikal kesukaan anda.



KETIGA
Canada salah satu negara terbesar di dunia ini merupakan surga nyata bagi aktiviti pengembaraan. Warga negaranya boleh bangga dengan banyaknya taman nasional yang indah, gunung berbatu yang megah dan ruang terbuka yang lebar. Kamu harus melihat langsung pemandangan yang luar biasa ini untuk memahami kenapa orang-orang Canada termasuk orang paling bahagia di dunia.