DUIT DAN KESIHATAN SALING MELENGKAPI
Kalau kita ada wang berjuta pun tidak akan berguna andainya terpaksa duduk diatas kerusi roda.. Itulah selalu orang perkatakan..
Anugerah dari allah yang paling bermakna kepada seseorang manusia adalah sihat lahiriah dan batiniah. Bertuahlah kehidupan seseorang itu bila di pelihara kesihatannya sepanjang masa hidup hingga meninggalkan dunia..
Apa pun segalanya menuntut usaha dan ilmu.. Tanpa keduanya masih ada kekurangan yang perlu kita belajar bagaimana untuk memperolehinya..
JAGA KESIHATAN LUARAN DAN DALAMAN
|
Aku Rasa Tenang Bila Santai Begini |
1. Elakkan sebarang tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Carilah
alternatif terbaik jika mengalaminya. Contohnya mendengar muzik lembut, urutan
badan, berenang, membelai binatang kesayangan, mandian sauna di kamar atau melihat ikan bermain diair dan pemandangan indah air yang mengalir..
2. Luangkan masa dengan keluarga. Ambil peluang untuk memanjakan diri dengan orang tersayang, bergurau senda dan merehatkan minda samaada dirumah atau santai diluar dengan pergi melancong atau balik kampung.
Cari pelbagai kaedah untuk merapatkan ikatan kekeluargaan. Samaada anak dengan
ibubapa, suami dan isteri, datuk nenek dan cucu..
3. Amalkan Gaya Hidup Berkualiti. Selalu bersenam, jauhi tabiat
merokok, Menjaga keterampilan dan permakanan serta pastikan tubuh badan
mendapat rehat yang secukupnya..
4. Berperasaan Baik Sangka Pada Orang lain dan Sentiasa Bersikap Merendah Diri dan Tidak Sombong.. Sebaik sebaik kejadian manusia adalah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.. Tanpa perlu belanja dan sekadar senyum dan membuat orang lain tersenyum gembira secara lansung telah memberi banyak pahala pada kita, apakan lagi kalo kita belanja orang makan lagilah besar nikmat pahala yang kita terima..
5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan seterusnya mengambil apa jua peluang barakah yang allah kurniakan pada waktu-waktu yang tertentu.. contohnye kebesaran hari jumaat, kemuliaan bulan ramadan dan kelebihan malam lailatul kadar.. ketahuilah doa-doa mustajab akan diangkat terus kelangit pada waktu-waktu yang tersebut dan dijanjikan balasan kebaikan yang banyak oleh Allah swt