SUDUT USAHAWAN
Bisnes Air cara perniagaan yang paling praktikal untuk usahawan bermodal kecil
Bisnes Air cara perniagaan yang paling praktikal untuk usahawan bermodal kecil
GAMBAR CONTOH |
Assalammualaikum & salam hormat
buat anda... seorang peniaga dan bakal usahawan.!
Disini saya akan menceritakan serba sedikit
pengalaman saya berniaga air balang di Taman Setiawangsa pada hari-hari biasa
dan pasar malam Au 2 Setiawangsa pada hari sabtu malam ahad..
Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini
untungnya boleh dikatakan lumayan. Kos permulaan serta kos harian
untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah. Anda boleh memulakan bisnes
air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos
membeli kanopi, meja, balang air saiz besar 2 biji serta alatan lain).. Manakala, kos
untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada
jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya,
kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, kos gula dan bekas plastik minuman adalah sekitar RM25 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam
balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 100 cawan.
Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah
memperolehi RM100... Begitu juga dengan air-air yang lain....
Kadar keuntungan kasar bisnes air ini... selalunya adalah 300% ke atas
berbanding kos modal yang dikeluarkan andainya cuaca baik dan air habis terjual..
Apa juga perniagaan akan ada risikonya .. Sebagai usahawan ilmu adalah penting.. Sebelum
berniaga kita mesti tahu apakah yang kita perlu sediakan sebelum sesuatu proses
kerja itu hendak dijalankan.. Biasanya kita amik jalan mudah tanpa memikirkan
langkah-langkah sebenar seorang peniaga yang bertanggungjawap.. Sikap dedikasi
wajib ada pada diri kita kerana bila sesuatu makanan yang kita jual pastikan
sumbernya dan kebersihannya terjamin.. Sebelum lupa nak ingatkan iaitu mulakan perniagaan pada musim dan cuaca yang paling sesuai contohnya pada musim panas.. Sebab bila besar permintaan pengguna maka besarlah pasaran kita dan sudah pastilah membawa keuntungan.. Tiada siapa pun yang mahu rugi dalam perniagaan.. lebih-lebih lagi la pada kita yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia keusawanan.
Kata orang bukan senang nak jadi senang.. Disini
saya akan cuba terangkan serba ringkas sebahagian dari tindakan-tindakan
penting sebelum mula berniaga.. Inshaallah soroton isi-isi yang
berkaitan dengan perniagaan ini akan di tambah dari masa ke semasa kelak
Pertama : Penyediaan tempat pengeluaran produk..
Kedua : Pilih Lokasi Yang Sesuai
Ketiga : Lesen Menjaja (perlu atau sebagai
menumpang lesen kedai yang sedia ada)
Keempat : Cash Float (Wang Untuk Tukaran
Tunai)
Kelima : Tempat simpanan kelengkapan
perniagaan dan bahan-bahan mentah seperti gula, air masak serta pati perasa
selepas habis berniaga
Keenam : Jadual tukaran menu air harian andainya guna
banyak balang supaya pelanggan tidak merasa muak dan selalu peka dengan keadaan
cuaca bagi memastikan kita tahu kehendak pelanggan pada musim-musim tertentu
Macam mana nak buat air yang sedap dan orangramai
sentiasa jadi pelanggan tetap anda?
Cara yang jujur untuk menarik pelanggan ialah
dengan memberi perkhidmatan tu secara iklas.. Jangan nak kaya cepat dengan
menipu guna pemanis dan sebagainya..
Pastikan air yang nak dijual dimasak terlebih
dahulu dalam periuk besar sebelum dibancuh dengan bahan perasa. Sejukkan selama
kira-kira 2 jam sebelum di masukkan dalam tong palstik tebal 5 liter.. masak
gula dan letakkan dibekas berasingan untuk mengelakkan pembaziran sekiranya air tidak habis dijual.. Pati air dan ibu gula boleh disimpan selama 2 hari didalam peti sejuk..
BEKAS TONG PLASTIK SIMPANAN PATI JUICE 5 LITER |
Andai mahu air kita lebih sedap cuma perlu lakukan
tranformasi.. jangan ikut cara tradisional sahaja macam orang lain buat selama ini..
cuba ubah rasa ikut kehendak pasaran semasa.. tambah sedikit aiscream soda dalam setiap balang..
Aiscream soda akan menambah aroma sesuatu minuman atau makanan.. Begitu juga
dengan gula.. ubahsuai supaya lagi sodap dengan mencampurkan gula melaka atau gula
nipah dalam bancuhan pati gula yang kita buat.. Tak hairanlah kalo yang minum air
itu nanti akan kembali semula ke warung minuman kita lagi lain kali..
Bagi yang minat nak meluaskan lagi pemasaran product, peniaga
boleh mencari tapak-tapak expo, karnival dan bazar .. Tapi selepas berjaya jadi usahawan airbalang dululah..huhu.. Berniaga ni kena buat step by step.. Dah
tau ilmu dia masa tu barulah mudah nak buat cam no pun
PELBAGAI JENIS MINUMAN DAN JUICE DIPASARAN
Coconut Shake |
Air Tebu |
Juice Durian Belanda |
Beranika Juice Buah-Buahan |
Cendol |
Menu khas pilihan Adicala (Soyabean Cocktail Berkasiat )
Pemanis mulut yg mudah disediakan. terutama jika nak cepat. sesuai sebagai juadah berbuka puasa utk seisi keluarga.
1 can fruit cocktail
1 can lychee
1 can buah kelapa laut
1 can soya milk non/less sugar
100gm Gula Melaka
3 Helai Daun Pandan
3 Sudu Gula Pasir
1 can buah kelapa laut
1 can soya milk non/less sugar
100gm Gula Melaka
3 Helai Daun Pandan
3 Sudu Gula Pasir
Buat sirup gula merah dengan cara, didihkan air dan masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan, hingga air sirup gula merah tercampur rata dan agak kental.
Letak sedikit aiscream soda kedalam cocktail yang sudah siap dibancuh sebelum dihidangkan
Letak sedikit aiscream soda kedalam cocktail yang sudah siap dibancuh sebelum dihidangkan
*Nota :- Elakkan makanan buah bercampur susu kerana ia mengundang kemudaratan pada kesihatan : rujuk makanan sunnah nabi..
By: ADICALA ( Perintis Ruang dan Masa )