Sabtu, 7 Januari 2017

Throw Back Black & White

 FOTO IC  - 18 TAHUN

BERSAMA   RAKAN   SEKOLAH
                                        
 
                                                                                     

BERSAMA RAKAN PESERTA KURSUS PENULISAN MEDIA INTERAKTIF

                               

ON THE JOB TRANING - RTM

BERSAMA ANAK-ANAK YATIM ULU KLANG
        
                                                                                             

AYAH DAN IBU 



HITAM PUTIH KEHIDUPAN
PAHIT MANIS MENJADI WARGAKOTA KUALA LUMPUR.. (BAB 1)
Ada cerita menarik aku nak kongsi korang, benda ni terjadi pada aku  sepanjang bernama perantau kota. Aku nak tulis sebahagian dari pengalaman yang masih aku ingat sampai kehari ini. 

Setiap orang ada kisah silam masing-masing dan akan kekal tinggal dalam lipatan sejarah kehidupan mereka. Apapun aku hanya nak cerita secara ringkas sahaja.

Aku anak yang kelima dari 7 orang adik beradik.. Ayah hanya bekerja kampung setelah berhenti dari tentera.. Kehidupan keluarga yang agak susah menuntut aku mencari jalan membantu mereka.

Sepanjang masa persekolahan aku rasa begitu membosankan. Serba kekurangan dari segala hal. Aku cuma jadi pemerhati sahaja kepada apa yang kawan-kawan lain ada .. Aku tak salahkan ayah sebab itu saje rezeki yang ada.

Sebagai manusia kita wajib berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.. Rezeki secupak takkan jadi segantang kalo kita enggan merubah sikap dan pemikiran .

Setelah mendapat restu dari kedua ibubapa dan berbekalkan simpanan wang yang ada dari upah kerja sambilan ku menjual buah bermusim dikampung dulu maka berkelanalah aku ke sebuah destinasi impian bernama kuala lumpur.

Aku jenis tak suka meminta-minta atau berhutang.. kalo tak ada duit dikuala lumpur ini, biskut dan maggi mee akan menjadi sandaran.

Badan pun dah kiding, kurus kering tak cukup makan.. hehe.. saiz seluar hanya 27 inci..
Adakalanya aku giveup juga dengan apa yang aku lalui namun apakan daya aku harus tabah hadapi semua ini.

Aku sedar ini mungkin satu ujian yang maha besar dimana telah mengajar aku erti sebuah kesabaran.

Andainya aku tidak kuat pegangan dan cepat mengalah sudah tentu aku akan hanyut dipukul gelombang dan tenggelam sebagaimana sebahagian golongan yang kecewa dan hilang arah di kota metropolitan ini.

Biasalah kehidupan di kota, pusat tarikan graviti  manusia.. apa-apa perkara yang nak buat semua perlukan duit termasuklah nak guna tandas.. hihi
  
Ayah dan Ibu tumpang gembira kerana akulah orang pertama yang memiliki kereta sendiri dikalangan ahli keluarga.. Bukan mudah untuk mempunyai sebuah kereta ketika tu kalo tidak mempunyai wang deposit sebanyak 35% dari harga kereta.

Aku mampu untuk kemana jua dengan selesa .. Barangan mewah berupa jam tangan , handphone dan pakaian berjenama bukanlah benda yang asing lagi bagi ku. 

Betullah kata pepatah dimana ada usaha disitu ada jalan. Siapa kata duk di Kuala Lumpur tak boleh senang. Cuma kena bijak cari peluang disamping tak mudah mengalah serta tahu menilai dimana kekuatan dan kelemahan diri.

Aku pernah menjadi perintis usahawan muda dan menghadiri majlis seminar perniagaan atas minat ku dalam bidang keusahawanan minimarket.

Seminar perniagaan itu diadakan di MATIC jalan ampang dan  telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Perniagaan minimart yang ingin aku usahakan ini menggunakan konsep satu payung dimana usahawan kecil akan menyediakan modal asas dan tapak bangunan kedai sementara pihak pengeluar product akan membekalkan keperluan tersebut secara direct kepada peniaga merangkap outlet mereka tanpa melalui orang tengah.

Margin dan markup keuntungan akan ditentukan oleh pihak pengeluar product dari masa kesemasa mengikut nilai pasaran barangan.

Peniaga hanya perlu mencari tapak yang strategic dan membesarkan volume jualan sekiranya ingin mendapat untung yang lebih.

> Artikal Bersambung Selepas Foto dibawah :-
  
Lepak ngan mber kat Bukit Belacan




Dataran Merdeka  Masih Ku Simpan Foto Lama Ini

Sg Besi Mines
Jamuan perpisahan semasa habis praktikal di RTM Angkasapuri

Landcape DBKL




Dayabumi Tempat Lepak Favorite Aku






HITAM PUTIH KEHIDUPAN
PAHIT MANIS MENJADI WARGAKOTA KUALA LUMPUR.. (BAB 2)    
                 Untuk memastikan kedudukan kewangan kita kukuh adalah lebih baik lagi kalo kita bijak merancang dan mengurus kewangan secara sistematik.

Sediakan buku akaun supaya kerja-kerja pengurusan kewangan menjadi lebih mudah dan praktikal. catit sumber pendapatan dan perbelanjaan mengikut katogeri masing-masing.

Penyediaan personal akaun ini telah aku praktikkan semenjak berusia 21 tahun sampailah sekarang. Ia memudahkan kita mengesan, menganalisa dan menentukan punca dan kearah mana wang kita digunakan. Pastikan puncanye didapati secara halal dan mengikut syariah.

Aku bagitau sebab aku pernah kerugian hampir 70 ribu ringgit setelah saham yg aku miliki jatuh merudum selepas kegawatan ekonomi penghujung 90an .. Aku tersentak dan hampir tersungkur bila pelaburan yang aku jangkakan mendatangkan hasil lumayan akhirnya hangus begitu saja.

Berbagai telahan berlegar difikiran. Apakah aku dah tersilap melabur di syarikat bukan syariah atau aku teraniaya dimainkan pasaran saham yang kejam.

Masa tu aku betul-betul dalam dilema. rasa seperti terdampar dipadang pasir yang tandus.. Segala yang dirancang musnah termasuklah kerjaya serta kehidupan rumahtangga ku berakhir disitu.

Nasib baik juga sebelum semuanya hancur menjadi abu aku sempat menyelamatkan sebahagian dana ku yang lain ketempat yang selamat.

Memang itu adalah plan B aku sekiranya terjadi apa-apa musibah dalam hidup ini. Hanya aku dan orang yang  paling aku percaya jer tahu apa yang aku ada.

Selepas berhenti kerja aku berniaga air ditepi jalan dan pasar malam. Aku terpaksa bermula dari bawah semula dengan berniaga air balang sekitar Setiawangsa. 

Tempat tinggal ku di Lembah Keramat memudahkan urusan ku untuk berulangalik berniaga. Sebahagian usia ku dihabiskan disini kerana aku menyukai kawasan ini yang kaya dengan ekosistem alam semulajadi yang masih hijau dan berdekatan pula dengan Zoo Negara.

Bila rasa bosan bley lepak tgok macam-macam unggas dan binatang dalam tu. huhu.  Kalo terputus bekalan air atau nak mandi sungai air terjun bukit belacan dan air terjun kemensah pun tak jauh dari rumah.

Sebulan berniaga bolehlah dapat purata lebih kurang RM2500-00.. Dengan pendapatan itu aku guna untuk bayar duit sewa rumah, ansuran kereta motor serta belanja harian.

Aku mahu nikmati kekayaan dibumi sendiri sebab negara ini kaya.. Bayangkan kalo pendatang asing yang datang pun boleh hidup senang, apatah lagi sebagai rakyat jati negara bertuah ini.

Sementelah aku tak menoleh kebelakang mencari input yg boleh beri aku peluang menjana wang. Ada saja ruang pelaburan yang boleh bawa keuntungan dan halal mesti aku terokai.

Betullah kata orang.. Kejayaan hari ini datang dari kegagalan masa lalu .
Aku bersyukur diberi peluang kedua untuk melihat masa depan. 

Alhamdulillah, apa yang aku capai melebihi apa yang telah aku harapkan . Sampai masanya pula kini aku membalas semula jasa baik kerajaan yang telah banyak membantu aku selama ini termasuk memberi biasiswa dari awal persekolahan menengah lagi. Walaupun tak seberapa namun ianya secara tak lansung telah membantu ku sampai ke tahap ini.

Pada januari tahun 2000 bertepatan dengan kemunculan alaf baru aku mendapat kerja dibidang yang aku ceburi suatu ketika dulu. Aku kembali iaitu sebagai seorang photographer disebuah agenci di Ibu negara. 


Tiada apa yang aku nak hadiahkan selain dari bekerja dengan iklas tanpa mengharap lain imbuhan kecuali gaji bulanan yang ku rasa sudah cukup menampung perbelanjaan asas  ku.

Ada pun  aku layak untuk mendapat pelbagai inisiatif  pinjaman, namun aku tak pernah nak mengambilnya sebab aku lebih suka hidup tanpa hutang.

Jika ada kerja lebih masa yang tak seberapa dan kerja luar dalam sehari dua aku kira sedekah je sebab bagi aku cukup dah dengan apa yang aku ada sekarang. 


Aku tahu ramai dari rakan sepejabat yang hidup dibebani hutang apabila berbelanja melebihi kemampuan.

Habis nak buat cam ne yeop.! kate orang perak.. biar pape asal  bergaye.. Aku ni bukan orang perak pun.. harap betullah sebutan tu.. hahaha. Kadang-kadang sedih jugalah tengok nasib mereka tu.


Apa yang paling aku bimbang dikalangan masyarakat kita ialah sikap pilihkasih dan fanatic kenegrian yang begitu ketara diamalkan. Sepatutnya setelah merdeka lebih daripada separuh abad perkara begini dah tak ujud lagi. Lebih-lebih lagi dipejabat. Semua ini mengundang kepada perpecahan ummah.

Adakala nya rasa terpanggil nak beritahu menteri perpaduan masyarakat. Namun sapelah kita. Lepas ni aku tak perlu nak kata apa-apa.  Just tengok dan lihat saja apa yang akan berlaku seterusnya.

Matlamat  hidup aku menjadi pemerhati yang baik, ada mata pandang, ada telinga dengar. Aku tak mahu tulis berlebih-lebih kecuali yang berpatutan dengan apa yang sebenarnya aku lihat.

Pada masa ini aku lebih suka menulis secara terbuka dalam nukilan aku agar dapat membawa kesedaran kepada khalayak namun tak semestinya membelakangkan prinsip keserdahanaan dan didikasi sebagai seorang penulis umum..

Semua orang mencari kebaikan dalam hidup. Aku tak pernah rasa menyesal tinggalkan kampung halaman. Kuala Lumpur sumber inspirasi yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan pejuang sebenar walaupun bukan di medan perang .

Aku anak seorang bekas tentera rejimen askar melayu diraja, namun aku bangga mewarisi darah seorang satria negara seumpama bapa aku yang pernah berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta.


Aku berdoa kepada tuhan agar dilimpahi kesejahteraan, dimurahkan rezeki, dipelihara kesihatan, dipanjangkan umor dan dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat..

Amen..













Text by :-
 ADICALA ( Perintis Ruang dan Masa )