Ahad, 4 Jun 2017

FOTO RESEPI MAKANAN



Seakan trend masa kini setiap kali waktu makan, gambar makanan tersebut akan diambil terlebih dahulu kemudian memuat naiknya di media sosial.

Tidak salah pun perkara ini, tapi orang mungkin akan mula rasa rimas jika gambar tersebut tidak menarik!

Ya, benar! Gambar makanan yang diambil dengan cara yang betul akan membuatkan kita rasa terliur dan gambar makanan juga ada peminatnya sendiri.

 Untuk anda yang memang suka mengambil gambar makanan tu, Jom kita guna cara ini supaya gambar makanan kita akan tampak lebih menarik seakan pro.

 Jangan guna kamera flash

* Sediakan sumber cahaya tambahan seperti lampu handphone atau lampu meja atau gunakan sahaja cahaya semula jadi seperti matahari.

Untuk dapatkan sumber cahaya semulajadi, anda boleh mendekatkan makanan anda di tepi tingkap.

 Komposisi

 * Komposisi yang betul akan menjadikan gambar anda lebih menarik dan unik.

Jangan takut untuk bereksperimen dengan pelbagai angle atau sudut.

Jangan hanya gunakan satu angle yang akan menjadikan semua gambar anda nampak biasa dan boring.

Cuba pelbagai sudut mungkin dari sudut atas dan pelbagai lagi.


 Food styling

* Okay, yang sebenarnya hiasan makanan atau cara makanan itu dihidangkan adalah faktor penting dalam menentukan sama ada gambar anda cantik atau tidak.

Jangan gunakan terlampau banyak hiasan dan pastikan hidangan tersebut kemas.

 Mode Macro

* Mode ini akan membuatkan gambar anda kelihatan menarik kerana gambar makanan akan kelihatan jelas manakala latar belakang atau background nya akan kabur atau blur.

Cara ini akan membuatkan gambar makanan lebih menonjol.