Khamis, 27 Julai 2017

Cara Mengikat Tali Leher 
Tali Leher Pelengkap Gaya MaskulinTidak lengkap gaya seseorang eksekutif tanpa mengenakan tali  leher. Bagaimanapun, masih ada segelintir darinya yang kurang berminat  untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti  mesyuarat atau bertemu klien. Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir  mengikat, masalah memilih warna, corak dan sebagainya. Bagi merungkai  masalah yang membelenggu diri, Disini  pelbagai info untuk  diikuti berkenaan tali leher akan saya ketengahkan






























Pemakaian tali leher yang betul.


· Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai.  Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama  pakaian yang sama tekstur dengannya.


· Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.


· Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju.  Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak  terlalu kecil.


· Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat  semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.


· Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.


· Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yanag berwarna  terang.


· Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam  keadaan betul-betul perlu sahaja.


· Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya  sama dengan sut yang anda pakai.