Sabtu, 29 Julai 2017

KERETA LETRIK DAN KERETA TERBANG BAKAL MENGHIASAI AKTIVITI PENGANGKUTAN DUNIA ALAF AKAN DATANG

SEJARAH KERETA

Tahun ini Jerman merayakan ulangtahun ke 132 dalam penciptaan automobil. Dan mungkin ada lagi yang tidak tahu bagaimana rupa kereta yang pertama sekali dicipta dalam dunia ini.

Untuk pengetahuan semua, kereta yang pertama sekali dicipta adalah Motorwagen, oleh Carl Benz pada tahun 1885. Pada tahun 1886 dia menerima hak paten pada penciptaan kereta tersebut dan ianya mula dikeluarkan.

Ia dihidupkan oleh enjin pembakaran sendiri empat-lejang. Menyerupai roda tiga gergasi. Sebuah silinder tunggal 954cc, enjin petrol yang disediakan hanya 0.75 tenaga kuda yang kelajuan puncaknya boleh mencapai sekitar 16 kilometer sejam.


KERETA ELETRIK

Teknologi pembuatan kereta telah menjangkau jauh kini dimana manusia boleh menjadikan kereta sebagai alat pengangkutan yang lebih efisyen dan mengujakan pada masa depan..

Penggunaan kereta eletrik dan kereta terbang dijangka akan menguasai lanscap pengankutan pada alaf akan datang.. 

Mungkin ada kebaikan dan kelemahan sistem pengangkutan kedua-dua ini, yang penting sebagai pembina teknologi kita harus ada plan B untuk mengatasi permasaalahan  yang berbangkit kelak..

Contohnya.. pembaziran masa yang perlu di ambil untuk  mengecharge bateri kereta tak seperti guna petrol dah isi dalam seminit dua kereta dah boleh brummm..  jalan.. Sub station bateri charge centre akan sesak bila sebuah kereta memerlukan sekurang-2nya lapan jam untuk dicharge semula.. Kalo charge tak ikut standard sop charging plak bateri akan cepat kong .. 

Bayangkan kalo banyak kereta tersadai kat jalan bila bateri kong.. mesti masaalah lain pulak yang bakal menjelang.. 

Sebagai negara pengguna, saintis dan jurutera Malaysia harus mencari alternatif yang konkrik bermula dari sekarang mencari idea dan penyelesaian dari permasaalahan yang akan timbul kelak..

Sebagai negara pengeluar mereka akan gunakan kekuatan teknologi itu untuk mengejar keuntungan manakala kita sebagai pengguna seharusnya mendahului mereka sebagai pengurus teknologi hiliran yang mana kita menjual semula teknologi yang kita ada dalam konsep perniangaan menang-menang..

Apa pun teknologi hiliran itu kita harus mulakan penyelidikan dan pembangunannya dari sekarang supaya apa sahaja teknologi baru yang ujud.. Malaysia sudah bersedia mengadaptasi segala  bentuk dan menyerap teknologi  dalam buku permodenan rakyatnya..



Apakah konsep penggunaan kereta menggunakan bateri ini hanya sesuai di gunakan pada public tansport seperti teksi-teksi syarikat sahaja untuk tempoh percubaan sebelum meluaskan penggunaannya secara berperingkat ..

Memang relevan bila semua teksi boleh menggunakan sisitem ini sebab pengurusan sesuatu sistem pengangkutan itu lebih mudah bila diselenggara secara berpusat.. sebuah syarikat teksi yang besar mempunyai modal yang kukuh.. untuk pelaburan jangkapanjang semestinya ia merupakan satu perniagaan yang menguntungkan..

Mana mana pengusaha texsi persendirian pula mereka boleh membentuk persatuan atau bergabung dengan pengusaha syarikat untuk mendapatkan kemudahan substation batteries charge station..

Bila semua kita bersatu dan dapat mempelopori rangkaian pengangkutan ini secara realistik sudah tentu Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem pengangkutan yang efisyen dan termurah didunia ..

Perkembangan ini akan menarik berjuta pelancong datang ke Malaysia kerana inginkan kemudahan pengangkutan yang murah dan terbaik.. Mereka akan berkata begitu mudah untuk berjalan-jalan dan bersiar-siar  diseluruh negara di Malaysia  yang mempunyai sistem pengangkutan paling elit didunia..

KERETA TERBANG / SKY CAR



Ingatkah lagi anda filem Back To The Future, dimana kereta boleh terbang? Sekarang, kereta terbang semakin menjadi kenyataan dengan Terrafugia Transition, kereta terbang pertama diluluskan oleh Federal Aviation Administration. Sila lihat gambar dibawah untuk melihat sendiri kereta terbang ini.

Kereta terbang ini akan dijual dengan harga 50,000 USD. Untuk memandu kereta terbang ini, anda hanya perlu memiliki 20 jam masa penerbangan sahaja kerana kereta terbang ini dikategorikan sebagai pesawat ringan.


Seabad selepas penciptaan kapal terbang iaitu pada tahun1903 , pertembungan automobil dan sains aeroangkasa kemudian berganjak kepada satu lagi tahap dengan penghasilan kenderaan ‘dua alam’ iaitu kereta terbang.
Ini sekaligus merealisasikan impian manusia sejak berdekad-dekad lamanya untuk melihat sebuah kenderaan yang bukan hanya pantas di jalan raya malah mampu terbang ke udara.
Parajet Skycar
Pertengahan bulan lalu, sekumpulan penggiat rekreasi berkumpul di tengah kota London untuk membuktikan kepada dunia bahawa kereta terbang bukan lagi fantasi di dalam filem atau sekadar imej pada lukisan kanak-kanak.
“Parajet Skycar (Skycar) hanya kenderaan yang mirip seperti sebuah kereta go-kart tetapi kipas dan sayap paragliding membolehkan ia terbang pada bila-bila masa,” kata Neil Laughton yang merupakan Ketua Ekspedisi Parajet Skycar (London-Timbuktu), baru-baru ini.
Keupayaan itu, menurut Laughton, akan dibuktikan melalui penerbangan sejauh 5,760 kilometer dari London ke Timbuktu, Mali merentasi Perancis, Portugal, Selat Gibraltar, gurun Sahara dan pergunungan di Morocco.
Katanya, Skycar hasil ciptaan jurutera Giles Cardozo merupakan kereta terbang pertama yang dijana oleh bahan bakar bioteknologi.
Teknologi sayap fleksibel (ParaWing) ciptaan Mike Campbell dari Paramania Powerglider pada kenderaan itu membolehkan ia dilipat dan disimpan dengan mudah di dalam bot.
Inovasi ParaWing pada Skycar juga mengakhiri masalah rekaan sayap yang selama ini menjadi punca kegagalan kebanyakan rekaan kenderaan jenis itu.
Skycar berkeupayaan terbang sehingga ketinggian 5,000 meter dengan kelajuan 176 kilometer sejam dan memerlukan jarak antara 50 hingga 100 meter untuk berlepas.
Skycar dilengkapi payung terjun balistik sebagai sokongan kegagalan fungsi enjin dan sayap ketika pendaratan cemas.
Kenderaan dua tempat duduk itu juga mempunyai sokongan pemanduan lasak melalui pacuan empat roda (4X4).
Selain Skycar, sebuah lagi kereta terbang yang kini semakin menghampiri kejayaan adalah Transition yang dibangunkan oleh syarikat penerbangan, Terrafugia.
Berbeza dengan prinsip penciptaan Skycar, Transition tidak dicipta sebagai sebuah kereta tetapi lebih kepada pesawat yang dapat berfungsi sebagai kenderaan di darat.
Transition yang dilengkapi sayap sepanjang tiga meter yang boleh dilipat dan disimpan kemas ketika dipandu di jalan raya itu kini dipasarkan oleh Terrafugia.
Kenderaan udara peribadi dua tempat duduk itu berupaya terbang sejauh 800 km dengan setiap isian penuh tangki dan muatan seberat 195 kilogram.
Konsep penerbangan yang digunakan pada kereta terbang Transition hampir menyamai teknologi yang digunakan pada kapal terbang biasa.
Jika di darat kawalan dilakukan oleh stereng, kawalan kenderaan itu ketika di udara dilakukan dengan menarik kabel untuk melaras kedudukan sayap untuk menentukan arah penerbangan.
Namun, kenderaan hibrid yang dijual pada harga RM473,000 seunit itu masih lagi bukan sebuah kenderaan yang praktikal bagi kebanyakan orang.
Mengambil kira teknologi digunakan, harga yang ditawarkanitu sebenarnya memadai tetapi yang pasti manusia terpaksa menunggu ‘sedikit masa lagi’ untuk menggantikan kenderaan mereka dengan kereta terbang.