Terserempak dengan anak-anak comel di halaman Muzium Negara . Mereka tidak ketinggalan memeriahkan ketibaan hari kebangsaan dengan berpakaian bertemakan bendera Malaysia |
Wajah anak-anak merdeka |
Pupukkan semangat perpaduan antara anak-anak kita |
Hidup harmoni sebagai satu bangsa malaysia yang bermaruah |
Apa pun pandangan semuanya kearah yang satu matlamat iaitu penyatuan hubungan persaudaraan demi memartabatkan maruah dan kedaulatan sesuatu bangsa..
Sebagai anak bangsa Malaysia kita patut berbangga mempunyai generasi yang dinamik yang dilahirkan dari genetik yang kuat dan mantap diturunkan dari datuk moyang kita lagi..
Bayangkanlah kalo dari segenap wilayah nusantara dari ratusan ribu batu mengharungi laut cina selatan dan tak kurang juga mengharungi lautan paling dalam didunia melalui lautan hindi tanpa mengira taufan dan badai, mereka semua turun kepantai melayari tongkang dan bahtera mencari negara baru sudah tentu bukan calang-calang orang yang boleh sampai kesini..
Sebagai bangsa Malaysia sepatutnya kita berasa bangga dengan kekuatan yang telah sedia ada dibumi bertuah ini.. Tiga bangsa dengan satu azam tak mustahil kita boleh jadi negara yang super dinamik sekiranya kita bersatu dan sukar dipecahbelahkan oleh kuasa asing..
Jangan lupakan sejarah.. Sejarah adalah permulaan sesuatu peradaban bukan menceritakan peristiwa yang berlalu sahaja..
Jadilah bangsa yang berjiwa besar bukan sekadar memikirkan apa yang berada didalam tempurung pemikiran. Lihat dunia luar dengan lebih pantas dan kalo boleh bangsa kita mendahului orang lain didunia ini dalam teknologi maklumat.. sebab apa teknologi maklumat penting ??
Bila kita telah menguasai teknologi ini pemikiran generasi kita lebih terbuka menerima dan matang menanangi apa sahaja maklumat yang mereka perolehi dari sumber luar..
Dengan kehebatan kepelbagaian bahasa dari tiga kelumpuk bangsa yang digunakan oleh hampir 2/3 penduduk dunia kita boleh selesa berurusniaga dengan sesiapa sahaja dan dari mana ceruk dunia sekali pun..
Hebatkan bila rakyat negara ini antara yang paling berjaya dalam bidang diplomasi perdagangan antarabangsa bila mereka menguasai bahasa bertaraf global..
Tak hairanlah kita tergolong dalam 20 negara paling aktif dalam perdagangan dunia walaupun bilangan penduduk kita antara 108 dikedudukan penghuni negara merdeka yang lain.. Mempunyai kemudahan kargo laut dan udara serta laluan perdagangan paling sibuk masa kini dan sentiasa saja aktif jadi sebahagian dari laluan perjalanan melepasi jangkauan 1000 tahun lampau.. Fuh.. macam tak percayakan.. tapi lihatlah buku sejarah yang ada..
Betapa mewahnya kehidupan kita.. semua barangan melambak depan mata.. pilih saja apa yang kita suka.. yang penting ada wang.. kalo sesetengah tempat ada wang tapi sukar nak dapat barang.. tapi kita tepuk dada tanya selera.. itulah menunjukkan betapa bertuahnya kita jadi rakyat Malaysia ini.. tak putus-putus dengan rezeki.. sampai sekarang ramai rakyat asing masih terus datang menimba kekayaan yang kita ada.. setiap bulan hampir rm5 billion dibelanjakan untuk membayar upah perkhidmatan mereka bekerja disini..
Pada generasi baru peliharalah apa kita ada.. kekalkan kesejahteraan .. Jangan sesekali memperjudikan kemerdekaan yang diperolehi.. Ingat inilah negara kita.. Sekali kita terlepas sudah pasti kita tidak akan dapat kembali apa yang kita miliki.. Berhati-hatilah selalu musuh dari setiap penjuru.. Bersatu hatilah.. Ini tanah tumpah darah kita.. Hidup mati kita semua disini..
Sempena bulan Ogos yang bersejarah ini saya ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang kemerdekaan samaada yang baru dan yang lama serta alfatihah kepada yang telah pergi meninggalkan kita semua..
Selamat Hari Merdeka .. Merdeka dari penyucian jiwa .. Rakyat bersatu negara maju..
Kelmarin adalah kenangan,
Hari ini adalah perjuangan,
Esok..bukanlah satu kepastian.
*~*~*~*
Menyintai bukan bererti memiliki,
Memiliki bukan bermakna menakluki,
CiNTa itu memerlukan pengorbanan..
Text by : Adicala
(Perintis ruang dan waktu)