Dos pertama yang aku terima |
Dos kedua 6 bulan selepas pemberian dos pertama |
Pandemik COVID-19 di Malaysia merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang sedang melanda seluruh dunia berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 dan juga jumlah kematian akibat penyakit tersebut di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina. Setakat 14 Mac 2022, terdapat sebanyak 3,845,601 kes yang telah disahkan di Malaysia dengan sebanyak 3,502,760 kes sudah pulih sepenuhnya dan 33,899 kes kematian serta 308,942 kes masih aktif.[2][3]