Pelbagai gambar dari sekecil zarah sehinggalah sebesar-besar objek boleh dirakam oleh camera ciptaan manusia.. Apa sahaja yang terjadi samaada diatas langit, di bumi, didalam lautan, didalam badan manusia boleh diimbas oleh camera pada masa ini
Teknologi fototgrafi banyak membantu manusia dalam segala aspek kehidupan termasuklah ekonomi, sains perubatan, keselamatan, sukan dan lain-lain lagi
Mari kita lihat salah satu dari banyak cabang seni fotografi ini iaitu camera setalite yang sentiasa memerhati pergerakan dunia dari angkasalepas
Dalam kehidupan ini aku pernah mengalami mimpi yang pelik sekali berada diangkasa dan pada masa tu aku rasa semua satelite berkedudukan begitu dekat dengan aku sehingga boleh dicapai dengan tangan.. Mungkin aku nak jadi salah sorang ahli fotografi bidang astronomi kot .. haha.. tapi mimpi tu mainan tidur je kan..
Untuk dapat beroperasi camera satelite dilancarkan ke orbit dengan bantuan roket. Negara -negara maju seperti Amerika, Rusia, Perancis dan belakangan ini Cina, telah memiliki station untuk menghantar satelit ke orbit
Kedudukan satelit pada orbit terbahagi kepada tiga iaitu. Low Earth Orbit (LEO): 500-2,000 km diatas permukaan bumi. Medium Earth Orbit (MEO): 8,000-20,000 km diatas permukaan bumi. Geosynchronous Orbit (GEO): 35,786 km diatas permukaan bumi
Sementara sistem kuasa yang digunakan oleh satelit diperoleh melalui sinar matahari bertukar menjadi tenaga elektrik yang menggunakan Solar plate cells. Selain itu, satelit juga dilengkapi dengan sumber tenaga yang cukup bagi menampung jangkahayat operasi selama 12 tahun atau hingga bahan bakarnya habis..
* (Note : Kandungan ini belum siap sepenuhnya dan akan dikemaskini dari masa kesemasa.. penyelidik sedang mencari sumber bahan yang sesuai untuk dipertontonkan pada khalayak)