FOTO IC - 18 TAHUN
|
BERSAMA RAKAN SEKOLAH
|
BERSAMA RAKAN PESERTA KURSUS PENULISAN MEDIA INTERAKTIF |
ON THE JOB TRANING - RTM |
AYAH DAN IBU
HITAM PUTIH KEHIDUPAN
|
PAHIT
MANIS MENJADI WARGAKOTA KUALA LUMPUR.. (BAB 1)
Ada cerita
menarik aku nak kongsi korang, benda ni terjadi pada aku sepanjang
bernama perantau kota. Aku nak tulis sebahagian dari pengalaman yang masih aku
ingat sampai kehari ini.
Setiap orang ada kisah silam masing-masing dan akan kekal tinggal dalam lipatan sejarah kehidupan mereka. Apapun aku hanya nak cerita secara ringkas sahaja.
Aku anak yang kelima dari 7 orang adik beradik.. Ayah hanya bekerja kampung
setelah berhenti dari tentera.. Kehidupan keluarga yang agak susah menuntut aku
mencari jalan membantu mereka.
Sepanjang masa persekolahan aku rasa begitu membosankan.
Serba kekurangan dari segala hal. Aku cuma jadi pemerhati sahaja kepada apa
yang kawan-kawan lain ada .. Aku tak salahkan ayah sebab itu saje rezeki yang ada.
Sebagai manusia kita wajib berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.. Rezeki secupak takkan jadi segantang kalo kita enggan merubah sikap dan pemikiran .
Setelah mendapat restu dari kedua ibubapa dan berbekalkan
simpanan wang yang ada dari upah kerja sambilan ku menjual buah bermusim
dikampung dulu maka berkelanalah aku ke sebuah destinasi impian bernama kuala
lumpur.
Aku jenis tak suka meminta-minta atau berhutang.. kalo tak
ada duit dikuala lumpur ini, biskut dan maggi mee akan menjadi sandaran.
Badan pun dah kiding, kurus kering tak cukup makan.. hehe..
saiz seluar hanya 27 inci..
Adakalanya aku giveup juga dengan apa yang aku lalui namun
apakan daya aku harus tabah hadapi semua ini.
Aku sedar ini mungkin satu ujian yang maha besar dimana telah mengajar aku erti sebuah kesabaran.
Andainya aku tidak kuat pegangan dan cepat mengalah sudah
tentu aku akan hanyut dipukul gelombang dan tenggelam sebagaimana sebahagian
golongan yang kecewa dan hilang arah di kota metropolitan ini.
Biasalah kehidupan di kota, pusat tarikan graviti
manusia.. apa-apa perkara yang nak buat semua perlukan duit termasuklah nak
guna tandas.. hihi
Ayah dan Ibu tumpang gembira kerana akulah orang pertama
yang memiliki kereta sendiri dikalangan ahli keluarga.. Bukan mudah untuk mempunyai
sebuah kereta ketika tu kalo tidak mempunyai wang deposit sebanyak 35% dari
harga kereta.
Aku mampu untuk kemana jua dengan selesa .. Barangan mewah
berupa jam tangan , handphone dan pakaian berjenama bukanlah benda yang asing
lagi bagi ku.
Betullah kata pepatah dimana ada usaha disitu ada jalan. Siapa
kata duk di Kuala Lumpur tak boleh senang. Cuma kena bijak cari peluang disamping
tak mudah mengalah serta tahu menilai dimana kekuatan dan kelemahan diri.
Aku pernah menjadi perintis usahawan muda dan menghadiri majlis seminar perniagaan atas minat ku dalam bidang keusahawanan
minimarket.
Seminar perniagaan itu diadakan di MATIC jalan ampang dan telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Abu Hassan Omar.
Perniagaan minimart yang ingin aku usahakan ini menggunakan
konsep satu payung dimana usahawan kecil akan menyediakan modal asas dan tapak
bangunan kedai sementara pihak pengeluar product akan membekalkan keperluan
tersebut secara direct kepada peniaga merangkap outlet mereka tanpa melalui
orang tengah.
Margin dan markup keuntungan akan ditentukan oleh pihak pengeluar product dari masa kesemasa mengikut nilai pasaran barangan.
Peniaga hanya perlu mencari tapak yang strategic dan
membesarkan volume jualan sekiranya ingin mendapat untung yang lebih.
> Artikal Bersambung Selepas Foto dibawah :-
Lepak ngan mber kat Bukit Belacan |
Dataran Merdeka Masih Ku Simpan Foto Lama Ini |
Sg Besi Mines |
Jamuan perpisahan semasa habis praktikal di RTM Angkasapuri |
Landcape DBKL |
Dayabumi Tempat Lepak Favorite Aku |
HITAM PUTIH KEHIDUPAN
Untuk memastikan kedudukan kewangan kita kukuh adalah lebih baik lagi kalo kita bijak merancang dan mengurus kewangan secara sistematik.
Sediakan buku akaun supaya kerja-kerja pengurusan kewangan menjadi lebih mudah dan praktikal.
catit sumber pendapatan dan perbelanjaan mengikut katogeri masing-masing.
Penyediaan personal akaun ini telah aku praktikkan semenjak
berusia 21 tahun sampailah sekarang. Ia memudahkan kita mengesan, menganalisa
dan menentukan punca dan kearah mana wang kita digunakan. Pastikan puncanye
didapati secara halal dan mengikut syariah.
Aku bagitau sebab aku pernah kerugian hampir 70 ribu
ringgit setelah saham yg aku miliki jatuh merudum selepas kegawatan ekonomi
penghujung 90an .. Aku tersentak dan hampir tersungkur bila pelaburan yang aku
jangkakan mendatangkan hasil lumayan akhirnya hangus begitu saja.
Berbagai telahan
berlegar difikiran. Apakah aku dah tersilap melabur di syarikat
bukan syariah atau aku teraniaya dimainkan pasaran saham yang kejam.
Masa tu aku
betul-betul dalam dilema. rasa seperti terdampar dipadang pasir yang tandus..
Segala yang dirancang musnah termasuklah kerjaya serta kehidupan rumahtangga ku
berakhir disitu.
Nasib baik juga sebelum semuanya hancur menjadi abu aku
sempat menyelamatkan sebahagian dana ku yang lain ketempat yang selamat.
Memang itu adalah plan B aku sekiranya terjadi apa-apa
musibah dalam hidup ini. Hanya aku dan
orang yang paling aku percaya jer tahu apa yang aku ada.
Selepas berhenti kerja aku berniaga air ditepi jalan dan
pasar malam. Aku terpaksa bermula dari bawah semula
dengan berniaga air balang sekitar Setiawangsa.
Tempat tinggal ku di Lembah Keramat memudahkan urusan ku untuk berulangalik berniaga. Sebahagian usia ku dihabiskan disini kerana aku menyukai kawasan ini yang kaya dengan ekosistem alam semulajadi yang masih hijau dan berdekatan pula dengan Zoo Negara.
Bila rasa bosan bley lepak tgok macam-macam unggas dan
binatang dalam tu. huhu. Kalo terputus bekalan air atau nak mandi sungai
air terjun bukit belacan dan air terjun kemensah pun tak jauh dari rumah.
Sebulan berniaga bolehlah dapat purata lebih kurang
RM2500-00.. Dengan pendapatan itu aku guna untuk bayar duit sewa rumah, ansuran
kereta motor serta belanja harian.
Aku mahu nikmati kekayaan dibumi sendiri sebab negara ini
kaya.. Bayangkan kalo pendatang asing yang datang pun boleh hidup senang,
apatah lagi sebagai rakyat jati negara bertuah ini.
Sementelah aku tak menoleh kebelakang mencari input yg
boleh beri aku peluang menjana wang. Ada saja ruang pelaburan yang boleh bawa
keuntungan dan halal mesti aku terokai.
Betullah kata
orang.. Kejayaan hari ini datang dari kegagalan masa lalu .
Aku bersyukur diberi peluang kedua untuk melihat masa
depan.
Alhamdulillah, apa yang aku capai melebihi apa yang
telah aku harapkan . Sampai masanya pula kini aku membalas semula jasa baik kerajaan yang telah banyak
membantu aku selama ini termasuk memberi biasiswa dari awal persekolahan menengah
lagi. Walaupun tak seberapa namun ianya secara tak lansung telah membantu ku sampai ke tahap ini.
Pada januari tahun 2000 bertepatan dengan kemunculan alaf
baru aku mendapat kerja dibidang yang aku ceburi suatu ketika dulu. Aku kembali iaitu sebagai
seorang photographer disebuah agenci di Ibu negara.
Tiada apa yang aku nak hadiahkan selain dari bekerja dengan
iklas tanpa mengharap lain imbuhan kecuali gaji bulanan yang ku rasa sudah cukup menampung perbelanjaan asas ku.
Ada pun aku layak untuk mendapat pelbagai inisiatif pinjaman, namun aku tak pernah nak mengambilnya sebab aku lebih suka hidup tanpa hutang.
Jika ada kerja lebih masa yang tak seberapa dan kerja luar
dalam sehari dua aku kira sedekah je sebab bagi aku cukup dah dengan apa yang
aku ada sekarang.
Aku tahu ramai dari rakan sepejabat yang hidup dibebani
hutang apabila berbelanja melebihi kemampuan.
Habis nak buat cam ne yeop.! kate orang perak.. biar pape asal bergaye.. Aku ni bukan orang perak pun.. harap betullah sebutan tu.. hahaha. Kadang-kadang sedih jugalah tengok nasib mereka tu.
Apa yang paling aku bimbang dikalangan masyarakat kita
ialah sikap pilihkasih dan fanatic kenegrian yang begitu ketara diamalkan. Sepatutnya
setelah merdeka lebih daripada separuh abad perkara begini dah tak ujud lagi. Lebih-lebih
lagi dipejabat. Semua ini mengundang kepada perpecahan ummah.
Adakala nya rasa terpanggil nak beritahu menteri perpaduan masyarakat.
Namun sapelah kita. Lepas ni aku tak perlu nak kata apa-apa. Just tengok
dan lihat saja apa yang akan berlaku seterusnya.
Matlamat hidup aku menjadi pemerhati yang baik, ada
mata pandang, ada telinga dengar. Aku tak mahu tulis berlebih-lebih kecuali
yang berpatutan dengan apa yang sebenarnya aku lihat.
Pada masa ini aku lebih suka menulis secara terbuka dalam
nukilan aku agar dapat membawa kesedaran kepada khalayak namun tak semestinya
membelakangkan prinsip keserdahanaan dan didikasi sebagai seorang penulis
umum..
Semua orang mencari kebaikan dalam hidup. Aku tak pernah rasa menyesal tinggalkan kampung halaman. Kuala Lumpur sumber inspirasi yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan pejuang sebenar walaupun bukan di medan perang .
Aku anak seorang bekas tentera rejimen askar melayu diraja, namun aku bangga mewarisi darah seorang satria negara seumpama bapa aku yang pernah berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
Aku berdoa kepada tuhan agar dilimpahi kesejahteraan,
dimurahkan rezeki, dipelihara kesihatan, dipanjangkan umor dan dipermudahkan
segala urusan didunia dan akhirat..
Amen..
ADICALA ( Perintis Ruang dan Masa )