Orang ramai boleh mula menikmati kemudahan MRT Fasa 2 laluan Muzium Negara – Kajang pada Isnin ini 17 Julai 2017 mulai jam 4 petang.
Pada tarikh itu maka bermula era baru sistem pengangkutan
yang moden dan efisyen bagi pengguna laluan fasa kedua MRT antara Kajang dan
Muzium Negara ..
Dari
Stesen Muzium Negara rangkaian MRT disambungkan ke Stesen KL sentral melalui
laluan penjalan kaki bawah tanah passageway sejauh lebih kurang 200
meter..
Mass
Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000
kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari apabila perkhidmatan
Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) beroperasi
sepenuhnya nanti..
Pembukaan
fasa kedua laluan Semantan-Kajang sepanjang 30km, ini akan melengkapkan Laluan
Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) sepanjang 51km dengan melalui kawasan
berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong
seperti Muzium Negara dan Pasar Seni