Sabtu, 11 Februari 2017

SUDUT USAHAWAN

Bisnes Air cara perniagaan yang paling praktikal untuk usahawan bermodal kecil
GAMBAR CONTOH 
Assalammualaikum  & salam hormat buat anda... seorang peniaga dan  bakal usahawan.!
Disini saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman saya berniaga air balang di Taman Setiawangsa pada hari-hari biasa dan pasar malam Au 2 Setiawangsa pada hari sabtu malam ahad..
Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya boleh dikatakan lumayan. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah. Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, balang air saiz besar 2 biji serta alatan lain).. Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, kos gula dan bekas plastik minuman adalah sekitar RM25 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 100 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM100... Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 300% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan andainya cuaca baik dan air habis terjual..

Apa juga perniagaan akan ada risikonya .. Sebagai usahawan ilmu adalah penting.. Sebelum berniaga kita mesti tahu apakah yang kita perlu sediakan sebelum sesuatu proses kerja itu hendak dijalankan.. Biasanya kita amik jalan mudah tanpa memikirkan langkah-langkah sebenar seorang peniaga yang bertanggungjawap.. Sikap dedikasi wajib ada pada diri kita kerana bila sesuatu makanan yang kita jual pastikan sumbernya dan kebersihannya terjamin.. Sebelum lupa nak ingatkan iaitu mulakan perniagaan pada musim dan cuaca yang paling sesuai contohnya pada musim panas.. Sebab bila besar permintaan pengguna maka besarlah pasaran kita dan sudah pastilah membawa keuntungan.. Tiada siapa pun yang mahu rugi dalam perniagaan.. lebih-lebih lagi la pada kita yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia keusawanan.  

Kata orang bukan senang nak jadi senang.. Disini saya akan cuba terangkan  serba ringkas sebahagian dari tindakan-tindakan  penting sebelum mula berniaga.. Inshaallah soroton  isi-isi yang berkaitan dengan perniagaan ini akan di tambah dari masa ke semasa kelak

Pertama : Penyediaan tempat pengeluaran produk..  

Kedua : Pilih Lokasi Yang Sesuai 

Ketiga : Lesen Menjaja (perlu atau sebagai menumpang lesen kedai yang sedia ada) 

Keempat : Cash Float  (Wang Untuk Tukaran Tunai)


Kelima :  Tempat simpanan kelengkapan perniagaan dan bahan-bahan mentah seperti gula, air masak serta pati perasa selepas habis berniaga 

Keenam : Jadual tukaran menu air harian andainya guna banyak balang supaya pelanggan tidak merasa muak dan selalu peka dengan keadaan cuaca bagi memastikan kita tahu kehendak pelanggan pada musim-musim tertentu

Macam mana nak buat air yang sedap dan orangramai sentiasa jadi pelanggan tetap anda?

Cara yang jujur untuk menarik pelanggan ialah dengan memberi perkhidmatan tu secara iklas.. Jangan nak kaya cepat dengan menipu guna pemanis dan sebagainya..

Pastikan air yang nak dijual dimasak terlebih dahulu dalam periuk besar sebelum dibancuh dengan bahan perasa. Sejukkan selama kira-kira 2 jam sebelum di masukkan dalam tong palstik tebal 5 liter.. masak gula dan letakkan dibekas berasingan untuk mengelakkan pembaziran sekiranya air tidak habis dijual.. Pati air dan ibu gula boleh disimpan selama 2 hari didalam peti sejuk..

BEKAS TONG PLASTIK SIMPANAN PATI JUICE  5 LITER


Andai mahu air kita lebih sedap cuma perlu lakukan tranformasi.. jangan ikut cara tradisional sahaja macam orang lain buat selama ini.. cuba ubah rasa ikut kehendak pasaran semasa.. tambah sedikit aiscream soda dalam setiap balang.. Aiscream soda akan menambah aroma sesuatu minuman atau makanan.. Begitu juga dengan gula.. ubahsuai supaya lagi sodap dengan mencampurkan gula melaka atau gula nipah dalam bancuhan pati gula yang kita buat.. Tak hairanlah kalo yang minum air itu nanti akan kembali semula ke warung minuman kita lagi lain kali.. 

Bagi yang minat nak meluaskan lagi pemasaran product, peniaga boleh mencari tapak-tapak expo, karnival dan bazar .. Tapi selepas berjaya jadi usahawan airbalang dululah..huhu.. Berniaga ni kena buat step by step.. Dah tau ilmu dia masa tu barulah mudah nak buat cam no pun    

PELBAGAI JENIS MINUMAN DAN JUICE DIPASARAN

Coconut Shake


Air Tebu



















Juice Durian Belanda
Beranika Juice Buah-Buahan

Cendol



Menu khas pilihan Adicala (Soyabean Cocktail Berkasiat )

Pemanis mulut yg mudah disediakan. terutama jika nak cepat. sesuai sebagai juadah berbuka puasa utk seisi keluarga.
bahan-bahan
1 can fruit cocktail
1 can lychee
1 can buah kelapa laut
1 can soya milk non/less sugar
100gm Gula Melaka
3 Helai Daun Pandan
3 Sudu Gula Pasir
Buat sirup gula merah dengan cara, didihkan air dan masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan, hingga air sirup gula merah tercampur rata dan agak kental.
Letak sedikit aiscream soda kedalam cocktail yang sudah siap dibancuh sebelum dihidangkan 

*Nota :- Elakkan makanan buah bercampur susu kerana ia mengundang kemudaratan pada kesihatan : rujuk makanan sunnah nabi..

By: ADICALA ( Perintis Ruang dan Masa )