MENJADIKAN BIDANG FOTOGRAFI
SEBAGAI LUBUK DUIT
Saya beri idea ini atas dasar nak bantu semua peminat
fotografi tak kira dari profession apa
pun. Saya pernah lakukan kerja-kerja freelance ini yang pada mulanya macam
tiada apa tapi bila teknik gambar yang kita hasilkan lain dari yang lain maka
sampai ketikanya harga sekeping imej yang dirakam menyamai harga sebuah camera
Nikon F3 yang saya gunakan pada masa itu.
Fotografi adalah satu bidang kemahiran yang juga memberikan
pendapatan yang lumayan sekiranya anda begitu serius untuk memahirkan diri
dalam bidang ini. Dengan kamera di tangan yang mahal, pastinya anda terfikir
bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan melalui bidang ini.
Walaubagaimanapun cara anda untuk mendapat pulangan lumayan dari bidang
fotografi ini, anda harus ingat bidang ini bukan mudah untuk mencapai pulangan
yang baik sekiranya anda tidak memulakan dengan mempelajari teknik fotografi
yang betul dalam sesuatu genre.
Belajar mengambil gambar yang paling senang dahulu. Contoh
untuk ambil gambar frame buah –buahan, bunga- bungaan dan makanan. Jadi manusia yang kreatif fikir
idea nak buat duit. Dari dinding rumah ke rumah kita bleh jadikan foto kita
sebagai koleksi yang menarik perhatian . Ada beberapa ruang yang perlu kita
letakkan gambar pada sebuah rumah. Pertama ruang tamu, Kedua ruang dapur dan
Ketiga bilik tidur. Biasanya rumah mewah amat perlukan decoration foto-foto
yang bersesuaian seperti foto portrait dan panorama di jendela tamu, makanan
dan minuman diruang makan . Begitu juga pejabat dan restoran banyak ruang pameran untuk gambar..
Anda tak perlu pergi bertemu pelanggan, Cuma kalo ada bijak
ambil gambar dan framekan secantik yang mungkin kemudian jual ditepi jalan atau
melalui online. Saya juga sanggup berkongsi idea menghasikan gambar dalam lukisan andainya ada sesiapa yang mahu mempelajari teknik tersebut.. Apa pun segala keputusan bergantung kepada terma dan syarat jugalah. Mempunyai Camera DSLR adalah syarat paling utama..
Bila ruangan sudah terbuka untuk anda meneroka medium social barulah anda melangkah ke tahap yang lebih
advance. Masa tu anda boleh berhadapan dengan orang ramai dengan camera DSLR disisi
anda. Banyak cara yang anda bleh dapat wang. Bila pandai guna camera dan ada sedikit
fotografi technique sudah tentu ada
bersedia untuk mengambil gambar kalo tak besar pun majlis sambutan hari lahir,
kemudian majlis perkahwinan, majalah pelajar sekolah dan paling terror jadi
photographer untuk corporate fungtion ..