Cara Mengikat Tali Leher
Tali Leher Pelengkap Gaya Maskulin. Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif tanpa mengenakan tali leher. Bagaimanapun, masih ada segelintir darinya yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti mesyuarat atau bertemu klien. Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir mengikat, masalah memilih warna, corak dan sebagainya. Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, Disini pelbagai info untuk diikuti berkenaan tali leher akan saya ketengahkan
Pemakaian tali leher yang betul.
· Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.
· Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
· Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
· Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
· Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.
· Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yanag berwarna terang.
· Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.
· Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.