Rabu, 27 Februari 2019

MELALUI PENGURUSAN MASA YANG BETUL

Salam mesra kepada pembaca budiman. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian kalian singgah dilaman blog ini. Diharap kita dapat berkongsi sedikit sebanyak informasi untuk faedah bersama. Jangan hanya lihat muka depan sahaja tetapi layarilah dari  awal hingga akhir muka surat untuk melihat foto-foto yang menarik dan mengenali saya secara lebih dekat.  


Kehidupan adalah satu impian  yang sarat dengan harapan. Tanpa Impian, masa hadapan tiada bermakna. Malahan dalam kitab al-quran dan injil menyatakan kematian dan alam akhirat juga berkaitan dengan masa depan. 

Gambar Kenangan Bersarapan Nasi Lemak Semasa Outing  di Kayangan Apartment Genting Highland, Pahang 
    Tiada perhentian untuk orang yang mengejar impian. Sesuatu perkara yang hendak kita lakukan mestilah bermula dengan perancangan.
    Penyediaan jadual adalah langkah penting bagi kita memastikan segala urusan berjalan lancar dan efektif. Ia juga boleh mengajar kita mendisiplinkan diri dari melakukan perkara yang membazir dan perbuatan tidak berfaedah yang lain. 
    Untuk melaksanakan matlamat serta menilai pencapaian impian yang kita harapkan maka kita perlulah rajin menyediakan nota-nota tertentu seperti buku perancangan aktiviti ( Diari ) dan buku budget kewangan. 
    Perlu kita ingat adalah apa yang kita rancang dan lakukan mestilah mengikut kemampuan kita dari segi kesediaan mental dan fizikal. Apa yang kita lakukan haruslah dengan rasa  merendah  diri dan bersederhana dalam segala hal.   
    Semuanya boleh kita perolehi sekiranya kita berani, sanggup belajar, rela berkorban dan yakin dengan kewibawaan yang ada..
     Akhir sekali sentiasa berhati-hati, berfikiran positif dan elakkan sifat hasad dengki kerana perbuatan itu dikutuk oleh Allah swt..                                                                                                                                                                                             * Petikan buku :  The Way to Rich



      Rancang Kertas  Kerja Anda



DUIT DAN KESIHATAN SALING MELENGKAPI

Kalau kita ada wang berjuta pun tidak akan berguna andainya terpaksa duduk diatas kerusi roda.. Itulah selalu orang perkatakan..

Anugerah dari allah yang paling bermakna kepada seseorang manusia adalah sihat lahiriah dan batiniah. Bertuahlah kehidupan seseorang itu bila di pelihara kesihatannya sepanjang masa hidup hingga meninggalkan dunia.. 

Apa pun segalanya menuntut usaha dan ilmu..  Tanpa keduanya masih ada kekurangan yang perlu kita belajar bagaimana untuk memperolehinya.. 

JAGA KESIHATAN LUARAN DAN DALAMAN

Aku  Rasa Tenang Bila Santai Begini

1. Elakkan sebarang tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Carilah alternatif terbaik jika mengalaminya. Contohnya mendengar muzik lembut, urutan badan, berenang, membelai binatang kesayangan, mandian sauna di kamar atau melihat ikan bermain diair dan pemandangan indah  air yang mengalir.. 

2. Luangkan masa dengan keluarga. Ambil peluang untuk memanjakan diri dengan orang tersayang, bergurau senda dan merehatkan minda samaada dirumah atau santai diluar dengan pergi melancong atau balik kampung. Cari pelbagai kaedah untuk merapatkan ikatan kekeluargaan. Samaada anak dengan ibubapa, suami dan isteri, datuk nenek dan cucu.. 

3. Amalkan Gaya Hidup Berkualiti. Selalu bersenam, jauhi tabiat merokok, Menjaga keterampilan dan permakanan serta pastikan tubuh badan mendapat rehat yang secukupnya..

4. Berperasaan Baik Sangka Pada Orang lain dan Sentiasa Bersikap Merendah Diri dan Tidak Sombong.. Sebaik sebaik kejadian manusia adalah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.. Tanpa perlu belanja dan sekadar senyum dan membuat orang lain tersenyum gembira secara lansung telah memberi banyak pahala pada kita, apakan lagi kalo kita belanja orang makan lagilah besar nikmat pahala yang kita terima..

5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan seterusnya mengambil apa jua peluang barakah yang allah kurniakan pada waktu-waktu yang tertentu.. contohnye kebesaran hari jumaat, kemuliaan bulan ramadan dan kelebihan malam lailatul kadar.. ketahuilah doa-doa mustajab akan diangkat terus kelangit pada waktu-waktu yang tersebut dan dijanjikan balasan kebaikan yang banyak oleh Allah swt