Portrait Pengantin
" My Lady " memang idola ku masa aku sekolah menengah.. Hampir semua cover buku teks aku dibaluti dengan poster Princes Diana
Fotografi Perkahwinan merupakan tanggungjawab berat dan tiada istilah ‘cuba lain kali’ atau ‘peluang kedua’. Jika anda tidak yakin akan keupayaan diri, elakkan daripada menerima tugasan merakam perkahwinan.”
Sememangya saya dan ramai photographer perkahwinan lain mengakui tugas sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan sebenarnya bukan kerja main-main dan aktiviti suka-suka dan boleh saya istilahkan sebagai satu tugas ‘berat’. Justeru hasil kerja perlulah yang terbaik untuk pelanggan kerana kita dibayar untuk perkhidmatan tersebut.
Berdepan dengan khalayak bukanlah sesenang yang disangkakan, apatah lagi kerja sebagai photographer perkahwinan bukan sekadar memerlukan kemahiran menangkap gambar tetapi kemahiran berkomunikasi juga perlu tinggi untuk mengawal situasi majlis. Memang benar, bukan sekadar Pengacara Majlis yang mengawal majlis, photographer juga turut memainkan peranan penting dan untuk itu photographer perlu sentiasa ke depan dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada jurugambar-jurugambar lain untuk mengambil gambar pengantin. Komunikasi dengan mak andam juga penting untuk mewujudkan suasana ‘menang-menang’. Kadang kala mak andam selalu mengganggu tugas photographer dan photographer juga selalu mengganggu tugas mak andam, justeru komunikasi yang betul perlu wujud agar kedua-dua pihak selesa untuk bekerja.
Photographer juga perlu berani memberikan arahan kepada pengantin dan ahli keluarga untuk bekerjasama jika tidak hasil gambar yang kita mahukan pasti tidak akan diperolehi. Bagi majlis yang berjalan hambar tanpa ada suasana yang menarik, photographer perlu bertindak untuk mewujudkan suasana menarik dalam majlis agar gambar yang diambil nampak meriah dan menarik. Situasi meriah perlu diwujudkan kerana apabila ia dipindahkan ke dalam album nanti, suasana itu seolah-olah hidup dan tidak bosan untuk dilihat berkali-kali.
Berdepan dengan saudara mara dan tetamu yang tiada respek kepada photographer juga ada berlaku dalam majlis. Justeru, photographer perlu lebih tenang dan pandai mengambil hati mereka untuk menyenangkan kerja mengambil gambar. Sentiasa wujudkan suasana gurau senda dan selesa tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai jurugambar.
Sebenarnya, ada banyak lagi situasi sukar yang dihadapi oleh photographer yang menunjukkan bahawa tugas seorang photographer bukanlah semudah yang disangkakan. Pengetahuan, ilmu dan pengalaman perlu ada sebelum benar-benar menceburi bidang fotografi perkahwinan. Tetapi wajib bagi saya untuk menunjukkan sifat professional semasa bekerja dan membuat sehabis baik untuk pelanggan. Walau apa pun perasaan kita sebelum ini, beri keutamaan kepada pelanggan kerana mereka mengharapkan kita untuk mendokumenkan majlis mereka di dalam bentuk persembahan yang menarik dan indah untuk diingati selamanya.
Satu perkara yang amat penting juga adalah hasil akhir kerja kita. Pada pendapat saya semua orang boleh mengambil gambar dengan baik dan dengan sangat baik. Namun penilaian pelanggan adalah pada hasil akhir kita iaitu album. Jika hasil kita menarik, pelanggan akan meng ‘war-war’ kan nama kita kepada sahabat dan saudara mara yang lain. Dan jika sebaliknya, maka kita akan cepat ‘mati’ sebelum ajal dalam industri ini.
Persaingan semakin hebat, photographerperkahwinan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pelanggan punyai banyak pilihan baik dari segi hasil kerja ataupun nilai wang. Bagi pelanggan yang bijak, mereka akan memilih photographer yang mementingkan mutu bersesuaian dengan harga. Bagi pelanggan yang kekurangan sumber kewangan, mereka akan memilih photographer yang boleh memberikan mereka pakej terendah di pasaran. Dalam hal ini kadang kala saya turut bersimpati kerana hasil kerja akhir beberapa photographer perkahwinan tidak begitu menarik dan tangkap muat sahaja. Alasan yang diberikan adalah pelanggan ‘bayar murah’. Saya hanya terdiam dan mengatakan dalam hati ‘kesian’. Namun apa lagi yang boleh saya katakan, kerana realiti memang seperti itu, ‘what you give, you get back’.
Menjadi photographer perkahwinan menemukan saya dengan banyak pengalaman pahit dan manis. Memang benar, tugas ini bukan sesuatu yang mudah dan jika tidak bersedia dan yakin, lebih baik jangan menjadi photographer perkahwinan. Bermula sebagai pembantu photographer dahulu sehinggalah kita benar-benar yakin untuk menjadi official photographer. Apa yang penting adalah minat yang mendalam yang akhirnya membangkitkan keghairahan dalam bidang fotografi.
Akhir sekali yang patut diambil perhatian oleh semua photographer perkahwinan supaya tidak menyiarkan apa-apa gambar yang diambil pada sesuatu majlis perkahwinan yang kita cover didalam mana-mana artikal termasuklah dilaman maya untuk tatapan umum kecuali mendapat kebenaran bertulis dari tuan punya diri.. Ini penting kerana gambar adalah hakmilik kekal peribadi seseorang..Tindakan undang-undang boleh dikenakan kerana sebagai jurugambar kita hanya menjual service sahaja sedangkan item(gambar) adalah hak mutlak tuan punya yang membayar upah kepada kita.. Ia juga untuk mengelakkan berlaku perkara berbangkit seperti gambar pasangan yang kita ambil digunakan selepas berlakunya penceraian dan sebagainya..
Sebagai gambar panduan untuk ditunjukkan kepada bakal pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kita adalah
lebih baik dan selamat buat satu folio fail dari gambar perkahwinan yang terpilih sahaja dalam bentuk album gambar manual.. Untuk keselamatan setiap gambar mesti diletakkan watermark yang sukar dipadam..
Itu saja pesanan saya.. moga sukses dan menjadi photographer yang disegani dan di hormati
BY ADICALA
( Perintis Ruang dan Masa )
( Perintis Ruang dan Masa )