Ahad, 14 Mei 2017

 REVOLUSI  FOTOGRAFI 

Penggunaan drone dalam aerial photography kini menjadi sebuah trend baru di masyarakat dunia. Para pecinta fotografi dan travelling yang biasanya ingin mengabadikan kenangan perjalanan mereka memilih menggunakan drone. Dalam artikal fotografi kali ini kita akan menerangkan bagaimana drone beroperasi dalam dunia fotografi dan apa saja mengenai pesawat tanpa pemandu tersebut.

Harga yang ditawarkan mengikut jenis iaitu amatur atau 'beginner quadcopter' boleh didapati pada harga bermula RM90 hingga RM350 manakala jenis profesional ditawarkan sekitar RM3,000 
KOMPONEN DRONE
Drone terdiri dari dua komponen utama, iaitu main body dan radio controller. Bahagian-bahagian drone diantaranya adalah kipas (chopter), radio receiver, motor (dinamo), bateri, flight controller boardelectronic speed controller, kamera, dan ada juga yang menggunakan GPS  atau alat tambahan lain. Di bahagian Radio Controller, terdapat Radio TransmitterInput Control (biasanya menggunakan joystick atau yang lebih canggih menggunakan smartphone/tablet), bateri. Ada pula yang mempunyai layar.
Chopter atau kipas pada drone dibezakan menjadi dua type berdasarkan jumlahnya, iaitu quadchopter (kipas 4) dan hexachopter (kipas 6). Quadchopter berbentuk lebih ringkas, sehingga lebih mudah untuk dibawa dengan daya tahan baterai berkisar 20 minit, namun hanya mampu terbang bersama kamera berukuran kecil seperti GoPro. Pada Hexachopter dengan bentuk yang lebih besar mampu membawa kamera dengan ukuran lebih besar, seperti kamera DSLR namun baterinya cuma mampu bertahan selama 10 minit.

JENIS DRONE BERDASARKAN KAMERA GOPRO

DJI PHANTOM 2 VISION+
Kamera ini memiliki kemampuan merakam video full HD pada 30 fps, dalam fotografi menghasilkan image dengan resolusi 14 MP. Keunggulan yang ditawarkan kamera ini mudah untuk terbang, ringan, dan stabil.

PARROT AR DRONE 2.0

Drone ini tentunya menjadi kegemaran para pengguna smartphone karana dapat dikendalikan dengan menggunakan smartphone, dengan waktu terbang sekitar 18-20 minit. Kamera ini mampu mengambil gambar video hingga 720 HD.

STORM DRONE FF FLYING PLATFORM

Drone dengan design empat kipas ini cukup ringan dan mampu membawa GoPro dalam waktu 7 minit. Kelebihan yang ditawarkan drone ini adalah adanya indicator lampu merah putih untuk memberikan tanda ketika kurang cahaya.







DRONE FOTOGRAFI

Tiga faktor utama yang perlu digariskan oleh pengguna fotografi dengan drone, iaitu spesifikasi drone, kamera, dan insting fotografer dalam mengambil objek. Pada penggunaan drone, yang ditonjolkan bukan soal ketinggian, tetapi fleksibiliti kamera untuk mengambil dengan pergerakan dan angle yang berbeza, sehingga lebih luas serta kreatif dibandingkan dengan penggunaan kamera biasa yang diambil menggunakan tenaga manusia. Drone membantu para traveller untuk mengabadikan kenangan perjalanan lebih luas, unik, dan memuaskan.

PERLUKAN LATIHAN KHUSUS 
Tidak semua individu ingin mendapatkannya memandangkan pemilik perlu mempunyai kemahiran untuk menerbangkan, membaca 'transmeter' dan memastikan kedudukan drone dalam keadaan stabil ketika diterbang di udara,

undang undang penggunaan drone 
Apa-Apa Aktiviti Melibatkan Soal Keselamatan Udara Perlu Mendapat Nasihat Dari Pihak Yang Bertanggungjawab Seperti Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).. Rujukan boleh dibuat ke Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Putra Jaya atau Melihat Website Jabatan Tersebut