MADU SEBAGAI SERIBU PENAWAR
Madu telah menjadi sebahagian daripada diet manusia sejak zaman purba.
Di Mesir dan Babylon, madu telah digunakan sebagai ubat untuk pelbagai
penyakit. Sehingga kini, manfaat kesihatan yang diperolehi daripada madu
diiktiraf secara meluas oleh masyarakat moden dan saintifik.
MADU SIDR @ MADU YAMAN (YEMEN)
Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang
termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan
juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.o
Madu sidr
dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada
pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja
(monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia.
Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan
kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.
Oleh itu,
madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan
perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat
mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan
prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.
MADU RATU (ROYAL JELLY)
Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau
kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang
putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang
paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit
(sehingga beberapa ratus gram sahaja).
Madu ratu
adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai
saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah
yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa
madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia.
Walau
bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh
itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar
dan biasanya disejukkan.
MADU PROPOLIS
Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi
terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok
untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi
sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’
dalam bahasa Greek.
Madu propolis
kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya
tahan penyakit.
Terdapat 2
jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati
di Brazil.
MADU MANUKA
Madu Manuka merupakan madu yang dimpot daripada New
Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok
manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang
mempunyai udara yang bersih.
Oleh itu,
madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora).
Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah
ternak.
Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana
kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka
diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar
yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit.
MADU KELULUT
Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah
yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya
dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak
seperti sarang lebah biasa di atas pokok).
Madu kelulut
warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur
sedikit masam. Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga
lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol.
Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan
Indonesia.
Khasiat madu
kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin,
menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai
penyakit dan kecederaan dalaman.
APAKAH KANDUNGAN DALAM MADU?
Madu
merupakan sumber karbohidrat, yang mengandungi:
80%
gula semula jadi – Mengandungi gula ringkas fruktosa dan glukosa. Rasa
madu adalah lebih manis daripada gula disebabkan oleh kandungand fruktosa yang
lebih tinggi.
18%
air –
Lebih sedikit kandungan air dalam madu bermaksud lebih baik kualiti madu itu.
2%
mineral, vitamin, debunga dan protein.
Vitamin yang terdapat
dalam madu adalah vitamin B6, thiamin, niacin, riboflavin, asid
Pantothenic dan asid amino tertentu.
Mineral yang terdapat
dalam madu termasuk kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium,
natrium dan zink.
MADU SEBAGAI ALTENATIF
RAWATAN BATUK
Dua sudu teh madu adalah sama
berkesan dengan ubat batuk sebagai
rawatan batuk untuk kanak-kanak, menurut Dr James Steckelberg dari Mayo Clinic.
Ramai orang telah menggunakan madu yang dicampur dengan
jus lemon dan air panas, sebagai rawatan untuk batuk. Ia menjadi minuman yang melegakan
dan menyembuhkan, disebabkan oleh sifat anti-bakteria yang terdapat dalam
madu. Walaubagaimanapun, jangan sesekali memberikan
madu kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun, kerana terdapat
risiko jangkitan botulism yang boleh terjadi kepada bayi.