Hari Mantai Masih Diamal Masyarakat Negeri Sembilan
"Esok mantai, esok mantai! Copek poie boli daging, ayam, kan nak mantai esok," itu antara suasana riuh masyarakat di Negeri Sembilan menjelang Ramadan dan Syawal saban tahun.
Sebahagian besar masyarakat negara ini yang bukan berasal dari negeri itu mungkin tidak mengetahui serta tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Hari Mantai kerana perkataan itu jarang sekali didengari.
Hari Mantai merupakan satu kemestian yang begitu sinonim dengan adat dan budaya masyarakat Negeri Sembilan sempena menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.
Mantai ialah dialek masyarakat Negeri Sembilan yang berasal dari perkataan membantai iaitu hari atau malam untuk menyediakan daging sembelihan pada hari sebelum menjelangnya bulan Ramadan dan Hari Raya.
Walaupun hanya sebilangan sahaja yang masih mengamalkannya namun kemeriahan Hari Mantai masih disambut oleh penduduk di daerah Negeri Sembilan iaitu Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah.
Acara mantai kelihatan meriah disambut pada sehari sebelum Ramadan dan Syawal yang melibatkan aktiviti gotong-royong melapah daging, membakar lemang, memasak juadah rendang, ketupat dan sebagainya.
Melalui acara mantai ini, semua ahli keluarga dan saudara mara akan berkumpul untuk bersama-sama melakukan persiapan raya sekali gus dapat merapatkan hubungan kekeluargaan..
Ia merupakan satu budaya yang perlu dipertahankan kerana mempunyai keistimewaan yang tersendiri.