Assalamualaikum. Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog Adicala. Syukur Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk berpuasa dan menyambut syawal tahun 2017 ni. Kepada semua sahabat pembaca hati-hatilah ketika memandu. Moga kalian selamat sampai ke destinasi yang dituju..
Seronokkan bila dapat berkumpul dengan keluarga dekat kampung .. yalah setahun sekali baru dapat bertemu.. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama aku beraya bersama adik beradik dan saudara mara tanpa bonda tercinta yang telah pergi meninggalkan kami semua pada 13 Ogos 2016 tahun lalu. Ayah pula telah lama meninggal dunia iaitu sejak tahun 2010.
Tema baju raya tahun ni warna biru gelap. Shoping raya cuma sepasang kasut, beberapa helai kain pelikat dan baju kemeja . Makanan kegemaran ku pada hari raya ialah ketupat dimakan bersama kuah sambal kacang dan serunding rendang daging.
Aktiviti raya ditempat ku masih kuat berpegang pada tradisi . Malam sebelum raya akan ada takbir dari rumah ke rumah. Kat ķampung aku tu ada lebih kurang 60 buah rumah. Selepas solat isyak hari terakhir ramadan imam masjid akan membahagikan kelumpuk takbir kepada 3 kumpulan dan melantik tiga orang ketua yang akan membawa setiap kumpulan takbir ke kawasan yang telah ditentukan.. Biasanya aktiviti tersebut berkesudahan hingga jam 2 pagi.. walaupun letih dan ngantuk namun tetap seronok melalui pengalaman setahun sekali itu..
Keesokan paginya aku akan sembahyang raya, kemudian melawat ke tanah perkuburan dan akhir sekali beraya dari rumah kerumah ..