Ngok ngek Hari Raya
Selamat
Hari Raya Aidilfitri diucapkan pada semua
pembaca. Dalam sedar tak sedar kita dah berada di bulan syawal ..
Setiap kali raya semua
saudara-mara meriah berkumpul beramai-ramai di kampung halaman masing-masing.
Macam-macam perangai dan telatah yang kita boleh tengok. Paling best ngok ngek
pas hari raya.. Kalo dalam kertas BM 1 karangan SPM dulu aku pernah memilih tajuk
Pengalaman Beraya di Kampung . Ternyata tajuk ini tidak menghampakan aku dimana
BM aku mendapat kredit terbaik..
Ada yang balik kampung
dengan kereta baru, isteri baru dan tak kurang juga yang balik dengan semangat
yang baru, membuka lembaran kehidupan yang baru iaitu ingin mengukuhkan ikatan
persaudaraan yang sedia terjalin atau merapatkan semula hubungan silaturrahim
antara keluarga yang renggang akibat terputus ditengah jalan disebabkan
perbalahan merebut harta pusaka oleh orang tua terdahulu malah tak kurang
juga yang balik kampung kerana ingin melepaskan kerinduan yang amat sangat
setelah lama tinggal diperantauan dan bermastautin dinegara asing.
Yang kelakarnya
macam iklan raya kat tv.. Bila balik kampung hari tu kemain tengok kereta-kereta
mewah berterabur depan rumah..tapi rumahnya usang kemain .. Korang tak bagi
duit dekat mak bapak kan??.. Nanti bila diperkatakan oleh jiran-jiran sekampung anak
anak dia mula laa ckp "don't judge people as book cover laa " ,
jangan sibuk ni mak ayah aku punya hal. kau apa tahu daa .. hahahaha
Balik
kampong setiap kali hari raya memang sudah menjadi budaya orang Malaysia.
Menjadi sebahagian dari adat orang-orang melayu khususnya balik kampong, tidur
ramai-ramai diruang tamu sampai anjung rumah. Maklumlah rumah orang tua dikampung
lazimnya tidak cukup bilik untuk semua. Jadi masing-masing bagaikan sudah faham
apabila tiba waktu tidur, bentang comforter atau Toto, pejamkan mata..
Namun
setelah ketiadaan kedua ibubapa, maka semakin hari budaya berkumpul itu terus
terhakis. Semakin jauh semangat kekitaan antara adik beradik dan ipar duai,
maka bertambah jauh jualah hubungan silaturrahim antara keluarga masing-masing
selepas itu.
Dulu kalo
sehari sebelum raya sungguh meriah. Ada sahaja hiruk pikuk disana-sini.
Selang seli bunyi dentuman mercun dan meriam buluh menandakan berlabuhnya
ramadan. Selepas acara mantai (menyembelih haiwan) masing-masing sibuk dengan
aktiviti seperti menyiang daging ayam dan lembu, merebus ketupat,
membakar lemang atau mengacau rendang segalanya dari pagi sehingga lewat malam.
Semua pemandangan itu semakin hari semakin beransur hilang..
Situasi
ini jugalah yang sedang menghantui keluarga aku sekarang. Tahun ini
merupakan tahun pertama aku beraya tanpa ibu bapa setelah ibu kembali
kerahmatullah selepas aidilfitri tahun lalu, manakala ayah pula telah meninggal
dunia pada 2010.
Aku harap
akan ada usaha dari ahli keluarga ku yang lebih senior untuk mengumpulkan
kembali semangat kekitaan yang semakin mula hilang itu dengan mencari
alternatif baru menjadikan rumah ibu sebagai port untuk berkumpul semula
dihariraya seperti waktu dulu.
Memang seronok dapat berkumpul adik-beradik, membuat persiapan apa yang patut sambil berkongsi cerita-cerita terbaru dan kisah silam bersama iparduai dan anakbuah mengimbau kisah-kisah lama.
Bila sudah berkumpul adik-beradik dan saudara-mara ramai-ramai
bersama-samalah ringankan tulang tolong-menolong. Bahagi-bahagikan tugas. Bak
kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bergotong
royang adalah amalan terbaik memupuk sikap tolak ansur dan mesyuarah dalam
sesuatu komuniti.
Biarlah sama-sama merasai keseronokan berhari raya di kampung. Kalau tak
tahu menganyam ketupat, tolong-tolonglah merebusnya. Kalau tak pandai membuat
dodol, bantu-bantulah mengacaunya. Kalau tak biasa menggulai rendang,
biasa-biasakanlah menyental kuali dan periuk belanga.. tak da alasan nak jadi
datin dan dato' yang perasan .. huhu
Aku pernah menceritakan pengalaman raya ku sebagai anak kampung kepada seorang anak jati Kuala Lumpur .. Bertapa terujanya beliau ingin mengetahui cerita pasal raya kat kampung tu dan mengalami sendiri nikmat keseronokan beraya seperti itu.
Aku pernah menceritakan pengalaman raya ku sebagai anak kampung kepada seorang anak jati Kuala Lumpur .. Bertapa terujanya beliau ingin mengetahui cerita pasal raya kat kampung tu dan mengalami sendiri nikmat keseronokan beraya seperti itu.
Rugilah
kalo sepatutnya masa santai bersama semua keluarga menyambut kedatangan aidilfitri dengan saling ziarah menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga dihabiskan dengan mengadap gajet dan menonton tv sepanjang hari dirumah
masing-masing. Maklumlah hampir semua saluran menayangkan program istimewa
hiburan, drama dan filem Blockbuster sempena hari raya.
Ada juga antara
orang-orang kita yang sanggup menempah lauk pauk dan makanan untuk raya dari
catering service. Mungkin nak jaga kulit dan jari jemari dari melecur kepanasan
dapur. Apa salahnye setahun sekali kita hasilkan masakan dari air tangan
sendiri untuk keluarga yang tercinta..
Text By :
Adicala
( Perintis Ruang dan Waktu )