Selasa, 17 Oktober 2017

MENGURUS KEWANGAN ANDA DAN TIPS MENJANA KEKAYAAN SEBENAR..

WANG SEBAGAI SUMBER KEPERLUAN

Kebanyakan journal penulisan yang saya baca berkaitan ekonomi saya amat tertarik dengan beberapa tiori yang mana begitu berkesan dalam mengajar saya bagaimana untuk mengurus kewangan sendiri..

Tidak perlu masuk skim cepat kaya atau skim tarik duit.. Hanya dengan sedikit-sedikit menyimpan tanpa memakan masa yang lama kita akan memperolehi simpanan yang boleh dibanggakan andainya kita berani memulakannya.. 

Bayangkan dalam masa lima tahun target untuk mendapatkan  simpanan berjumlah berpuluh ribu akan jadi kenyataan dan sumber simpanan akan jadi lebih besar bila kita bijak cari tempat pelaburan yang sudah tentu terjamin keselamatannya seperti unit saham amanah ASB atau Tabung Haji..

Peribahasa Ukur Baju di Badan Sendiri haruslah dijadi pegangan kita dan sikap Biar Papa Asal Bergaya mestilah kita jadikan sempadan dan teladan..   

Ketahuilah kekayaan sebenar bukan atas apa yang seseorang individu itu miliki  tetapi kaya lebih bermakna bila merdekanya seseorang dari segala hutang dan piutang..

Kekuatan yang ada pada orang kaya ialah ia boleh mengagihkan bantuan kepada mereka yang kekurangan dalam segala hal pada bila-bila masa yang diperlukan..

Seseorang bergelar jutawan sekali pun tidak boleh diiktiraf kaya andainya ia masih mempunyai hutang yang tertunggak dengan pihak kewangan seperti pinjaman bank dan sebagainya.. 

Untuk pembaca budiman berbelanjalah secara berhemah.. Setiap kali dapat gaji bahagikan pecahan wang kepada tiga bahagian :-

Pertama : Upah Untuk Diri Sendiri (Iaitu satu pertiga dari pendapatan kasar).. Contoh Gaji RM3000-00 masukkan dlm simpanan khas sebanyak RM1000-00.

Kedua    : Belanja Keperluan Semasa Diri dan Keluarga sepertiga dari yang kita perolehi RM1000-00.

Ketiga    : Bayaran Rumah, Kereta  dan Utility atau sebagainya dari sepertiga yang akhir RM1000-00







Kalau Kita nak masa depan yang lebih baik kita kena renungkan apa yang kita ada hari Ini.. 

Jangan sampai kehidupan yang sepatutnya kita lalui dengan ceria beralih menjadi sugul  bila kita tidak boleh berkata apa-apa lagi disebabkan tiada duit dan dikelilingi hutang ibarat seperti yang selalu diperkata dalam perkataan Inggeris “ No money, no Talk "

Tiori asalnya makna DUIT dalam bahasa melayu ialah buat sesesuatu atau DO IT dalam english.. manakala dalam islam DUIT mempunyai pengertian yang amat luas.. Contoh Abjad permulaan D bermaksud Doa, U itu Usaha, I sebagai Istigomah dan T yang terakhir Tawakal 




JOM .! BUAT DUIT BERMODALKAN IDEA BERNAS 

Dokumentasikan Aliran Kewangan Anda

Saiz pendapatan bulanan anda tidak penting sama sekali tetapi apa yang anda simpan dari lebihan pendapatan itu yang mustahak untuk masa depan .

Perkara utamanya adalah saiz pendapatan bersih anda. Anda boleh bergaji lebih daripada Rm10,000 sebulan tetapi sekiranya pendapatan bersih anda hanya Rm300 sebulan maka ianya kurang bermakna..

Manakala, sekiranya gaji anda hanya Rm 3,000 tetapi pendapatan bersih anda adalah Rm1000, maka itu adalah jauh lebih bermanfaat insyaAllah.

Pendapatan bersih yang saya maksudkan dalam konteks artikel ini adalah baki pendapatan anda setelah ditolak keperluan asas seperti kos kediaman, pengangkutan dan makanan.

Melalui pendokumentasian aliran kewangan anda, insyaAllah skil pengurusan kewangan anda akan melonjak. Anda boleh menilai ke mana pendapatan bersih anda pergi dan sekiranya perlu, anda boleh mengubah strategi pada bulan hadapan mengikut kesesuaian gerak kerja anda.

Pendapatan bersih yang besar membolehkan anda melabur dalam aset yang lebih luas bagi menjana kewangan secara lebih dinamik..

Dibawah ini adalah contoh catatan akaun saya yang boleh dijadikan panduan untuk pembaca yang berminat membuat budget akaun sendiri. Cara yang saya buat adalah paling simple dan tak memerlukan kita nak menulis sepanjang masa. Cukuplah buat catatan dalam seminggu sekali.. Untuk mudahkan kerja ambil resit setiap payment penting dan simpan..

Pendapatan Bulan Mei RM3589,85 - Perbelanjaan RM1550 
 = RM2039.85 (Pendapatan Bersih) 


PENYATA TAHUNAN


* Berjalur biru  adalah in out budget  akaun untuk bulan mei seperti catitan dalam contoh     buku tunai 

* Jumlah Pendapatan Bersih pada  tahun 2010 adalah sebanyak RM 16349.00 = purata RM1363.00 sebulan 



Simpan resit
Tips ini saya lalui sendiri.. Jika kita simpan resit kita akan mudah trace semula kemana duit kita gunakan sebab ada tarikh dan catatan banyak mana kita berbelanja pada waktu itu. Paling baik simpan resit belian yang penting dan resit pengeluaran wang dalam satu fail pelbagai belanja .. Bahagikan mengikut tajuk dan kategori seperti kad topup phone, resit bank, resit utility dan maintenance kereta motor untuk rujukan..
RING FAIL MUDAH DIDAPATI DI KEDAI BUKU

Note :-
Kebanyakan ahli perniagaan kecil dan serdahana yang saya buat kajian di bahagian Retailing Mini Market PIHP dulu bangkrap kerana gagal mengurus rekod kewangan dengan betul atau kurang ambil perhatian dalam prinsip perakaunan ini.

Ingatlah kealpaan kita dalam mengendalikan pengurusan kewangan akan menjejaskan matlamat kita untuk menikmati kejayaan yang berterusan..

Zakat dan sedekah juga perkara yang patut diberi perhatian. Semakin banyak kita memberi semakin banyak lah pula balasan kebaikan yang kita terima. Hanya mereka yang pernah berbuat  sedemikian sahaja akan merasai kejaiban itu.. wallahua'lam


Apa yang kita lakukan sebenarnya semua bagi manfaat betul tak ?.. Kalo berniaga kita bantu orang mudah mendapat barang keperluan mereka.. Kalo bertani kita bantu peniaga mendapat bekalan sayur untuk pengguna, semuanya saling berkaitan memberi manfaat antara satu dengan yang lain.. Cuma orang yang malas dan hidup dengan cara pendapatan haram jadah je tak beri sebarang manfaat.. 

Beginilah bila duit aku dah banyak.. Letih nak mengira.. Bertingkat-tingkat  kata waris dalam lagunya..huhu