Sabtu, 21 Oktober 2017

MANFAAT DAN KHASIAT IKAN KELI ATAU IKAN LELE

Sila Jangan Diabaikan Ingatan Ini !! Kerugian Besar Jika Anda Tidak Mahu Makan Ikan Keli . Usah percaya pada propaganda sesetengah pihak yang sengaja menjatuhkan perusahaan yang rata-rata dimiliki oleh penternak kecil-kecilan bumiputera dengan memberi persepsi negatif kononnye ikan keli antara ikan yang patut di keluarkan dari kategori hidangan makanan yang sedap, murah dan berkhasiat  ..

KELI BERLADO
KELI GORENG RANGUP
KELI MASAK THAI
KELI ASAM PEDAS

KELI MASAK LOMAK CILI PADI BELIMBING BULUH




KELI MASAK TEMPOYAK
KARI KELI


KELI MASAK TAUCU DAN PETAI












Antara Jenis-jenis Ikan Keli :-

     1.   Ikan Keli Kayu
5.   Ikan Keli Africa









KELI LIAR / LIMBAT

KELI TERNAK 













PETUA SIANG IKAN KELI TIDAK HANYIR APABILA DIMASAK

“ Nenek saya pesan, kalau nak bersihkan ikan keli, selain menggunakan limau untuk buang lendir dan kekotoran, kelar juga di bahagian 'leher' ikan untuk buang darah beku.




Hasilnya ikan tak terasa hanyir setelah dimasak..siapa buat perkara yang sama kita geng”.

Kajian Pakar Tempatan

Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Kajian Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. 

Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

Omega-3 yang terdapat dalam ikan keli membantu:


  • Menyelesaikan masalah kemandulan.
  • Dapat menyuburkan rahim.
  • Ianya juga boleh merawat kanser awal.