Bonus Raya - Buat Duit Dari Hasil Buluh Lemang
Penyeri juadah hari raya ialah lemang. Bila sebut lemang mesti dikaitkan dengan buluh. Sekarang bukan main susah untuk mencari buluh lemang. Tidak hairanlah harga seruas buluh lemang kosong rm1.50. Sekali fikir memang mahal. Tetapi kalau lihat susahnya pencari menetak dan memikul keluar masuk hutan memang berbaloi. Makin lama makin susah untuk mencari buluh lemang. Apakah beberapa tahun lagi ia akan menjadikannya satu permintaan pasaran yang mendesak ??.. fikir-fikirkan lah
Bayangkanlah tanah terbiar di sebahagian kampung kita diusahakan dengan industri buluh lemang ini.. Pastinya akan membawa keuntungan ekonomi yang besarkann ..
Saya sendiri turun padang suatu ketika dulu untuk mengalami sendiri pengalaman sebagai seorang pembuat lemang dengan seorang rakan peniaga berketurunan Minang dari Padang, Sumatera semasa musim perayaan aidilfitri dan aidiladha bagi mencari jawapan pada industri permakanan ini..
Dari A hingga Z memang apa sahaja aktiviti yang melibatkan product ini begitu meyakinkan sesiapa sahaja yang menceburinya..
Pada yang mempunyai ruang tanah yang tak digunakan atau tak praktikal untuk pertanian kontan dan kekal seperti tepi sungai atau bertebing lembah maka saya sarankan agar menjadikan pokok buluh lemang sebagai tanaman komersial..
Lemang adalah raja makanan dihari lebaran dan pada masa ini ia amat popular dan diminati menjadi santapan istana hingga ke ceruk desa.. Potensi terhadap perniagaan ini amatlah besar kepada sesiapa yang nampak akan peluang perniagaan itu..
Kepada pemilik tanah yang nak mulakan penanaman secara komersial rebutlah peluang ini.. tanaman ini senang diselenggarakan hanya perlukan pembajaan setahun sekali dan tiada musuh perosak kecuali manusia yang akan menyamun buluh-buluh yang matang bila kita tak jaga atau pantau dengan betul.. huhu
Dari segi pemasaran tiada masaalah kerana terdapat peniaga lemang tegar yang sentiasa memerlukan bekalan buluh dari masa kesemasa
Pencari buluh lemang mengakui mampu memperoleh pendapatan mencecah RM5,000 dalam tempoh 10 hari hasil kerja mencari buluh lemang di hutan berhampiran setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal
|