Jalan cerita kita berbeza. Ada orang dilahirkan dengan kemewahan, ada orang dilahirkan dalam keadaan sederhana dan ada jugak dilahirkan susah. Tapi percayalah. Dalam setiap perjalanan ada terselit beribu cerita.
Walaupun kekadang kita kepenatan, tapi dari satu sudut kita belajar apa itu realiti kehidupan. Yang penting kesungguhan dan diri kita berusaha serta berubah menjadi lebih baik..
Mungkin sesetengah perkara yang berlaku pada boleh dijadikan sebagai pengajaran..
Sebagai manusia kita sering beranggapan keluarga adalah satu institusi yang amat penting untuk sentiasa bersama kita diwaktu susah dan senang namun tidak semestinya keluarga yang rapat dengan kita yang akan ambil berat dan tanggungjawab sepenuhnya bila kita dalam kesusahan.. Malah ada juga yang ingin mengambil kesempatan dikala kita jatuh..
Nilai kasih sayang yang jadi budaya teras masyarakat dahulu sudah semakin jauh ditinggalkan dalam amalan kehidupan hari ini..
Semasa dalam kemewahan kita seperti semut.. Keluarga terdekat akan rapat mengerumuni kita demi mendapat apa yang mereka hajatkan.. Andai kita tak bijak menangani apa erti kejujuran dan gimik kepalsuan yang dilakonkan maka akan hilanglah segala miliki demi memenuhi matlamat mereka..
Diwaktu kita didesak untuk menunaikan hasrat mereka ada masanya kita rasa serba salah dengan permainan yang mereka cipta .. Adakala terpaksa makan hati ibarat kata pepatah di luah rasa gundah disimpan jadi resah gelisah... Jadi hendak tak hendak kita kena juga mengalah..
Pengalaman lalu banyak mengajar kita dalam kehidupan.. Contohnya sebagai anak kelima dalam keluarga aku sudah biasa menjadi bahan sepak terajang.. ketengah ketepi dah macam tak ada apa-apa..
Aku rasa lebih rapat dengan orang lain dari keluarga mungkin kerana layanan baik dan selesa yang aku terima dari mereka semua..
Aku bersyukur dengan Allah selama aku bersama orang luar diri ini sentiasa dirahmati dan dihargai dan aku menikmati kemewahan yang aku impikan dalam hidup..
Waktu susah pun aku rasa bahagia sebab ada sahaja yang sedia membantu ku..
Cuma aku rasa terkilan bila kemewahan yang ku bawa untuk dikongsi bersama keluarga sentiasa disalah tafsir dan dipersiakan..
Apa sahaja projek yang dirancang dan dilaksanakan terbengkalai begitu sahaja tanpa arah yang jelas.. Rumah yang bakal dibina di tanah milik keluarga yang asalnya diuruskan pembinaan nya oleh ahli keluarga sendiri terkandas .. Ini mengakibat aku mengalami kerugian yang boleh dikatakan agak besar juga setelah kelewatan tersebut menyebabkan peralatan dan kelengkapan asas membina rumah yang dibeli lebur begitu sahaja..
Sebenarnya banyak rancangan ingin aku katakan andainya aku diberi peluang.. Selepas selesai proses pembinaan rumah aku bercadang untuk meneruskan rancangan projek Taman Herbariu m ditanah pusaka arwah ayah dan ibu kepada semua adik beradik lelaki seramai lima orang.
Ditapak itu nanti aku ingin ujudkan kolam ikan, tapak tanaman pelbagai Herbarium dan beberapa buahhome stay bagi menarik minat pelancong yang berkonsepkan agro tourism..
Tapi itulah aku terpaksa membatalkan segala niat aku itu apabila kepercayaan yang aku berikan pada keluarga sendir seakan dipersiakan.. Jalan terbaik bagi ku hanyalah mengundurkan diri dari trauma mengalami kerugian...
Tak apalah aku simpan jelah duit yang ada .. Setidak-tidaknya aku tak yah nak susah buat perancangan dan fikir yang bukan-bukan.. Bagi aku goyang kaki lagi baik rehatkan minda.. sesekali bosan bawak kemana je kaki nak jalan