ESOK 9 MEI 2018 KUASA LANGSUNG DI TANGAN ANDA
Hari ini kita boleh melihat semua parti-parti politik yang bertanding untuk pilihanraya kali ke14 ini lebih bersedia, komited dan bertanggungjawap.. Bagi anda pula 09 Mei 2018 tarikh menentukan kontrak baru yang akan kita berikan sebagai mandat baru kepada parti yang layak memerintah..
Inilah peluang dan satu-satunya kuasa yang patut anda semua gunakan memilih calon yang anda rasa terbaik menerajui kepimpinan negara malaysia ini pada masa hadapan..
Disana sini kelihatan meriah dengan poster-poster yang diletakkan hampir disegenap pelusuk bandar dan kampung ..
Bagi penyokong setia parti politik pula mereka begitu sibuk membuat persediaan sebelum menjelang pilihanraya..
Apa yang dibanggakan adalah rakyat kita kini sudah lebih terbuka.. Ini dapat dibukti bila tiada lagi berlakunya perkara-perkara yang panas antara sesama penyokong parti-parti yang bertanding semasa penamaan calon pada 28 April lalu..
Itulah nikmat disebalik kecerdikan, kesantunan dan kematangan masyarakat kita menerima yang terbaik dalam dunia yang tanpa sempadan sekarang ini.. Harapan saya suatu hari nanti media kita akan jadi lebih terbuka dalam mengenengahkan sesuatu isu..
Masyarakat Malaysia dapat mengadaptasi segala apa yang didedahkan dalam media internet dan juga media interaktif lain seumpamanya secara lebih reasional dan relevan.. Sikap keterbukaan kerajaan juga secara lansung telah mendorong masyarakat negara ini berfikiran global..
Ini secara lansung telah memberi nilaian yang paling berguna terutamanya kepada generasi muda dalam ertikata sebenar kebebasan itu adalah tanggungjawap yang perlu kita pikul sebagai warga yang cintakan negara dan bukan kebebasan kosong yang tak bermakna..
Alhamdulillah, semoga pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar dan tersusun tanpa ada sebarang perkara yang tak diingini..
Sebagai warganegara yang cintakan kedamaian dan kemakmuran marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawap sebagai seorang rakyat Malaysia dengan keluar mengundi ditempat-tempat yang telah ditetapkan..
Islam mengajar kita supaya berlapang dada bila melakukan sesuatu perkara.. Oleh itu buatlah pilihan yang bijak kerana undi kita akan menentukan masa depan kepimpinan negara kelak..
Kita amat bersyukur kerana dikurniakan ramai tokoh pemimpin berwibawa selama ini yang sentiasa melihat kepentingan negara lebih dari segala-galanya..
Pilihanraya ini adalah proses pembaharuan sistem kepimpinan itu sendiri atau dalam bahasa terkini fasa naik taraf dalam sesuatu era pendemokrasian itu..
Adakala berlaku peralihan kepimpinan selepas pilihanraya manakala ada juga terjadi dimana kepimpinan sedia ada terus kekal memerintah cuma yang berubah mungkin barisan kabinet dan kedudukan ahli-ahli yang behormat di Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri..
Biasalah dalam berpolitik terdapat pelbagai perbezaan pendapat namun ia tidak semestinya sebagai satu penghalang untuk kita mencari titik peyatuan antara satu dengan yang lain sebagai bangsa Malaysia yang merdeka dan bermaruah..
Bagi pandangan orang-orang melayu parti PAS adalah parti yang mulia sementara UMNO parti yang banyak menabur jasa.. PKR pula sebuah parti yang menjurus kepada kesaksamaan sebagai satu bangsa..
Apa pun perjuangan politik masing-masing semuanya menuju kearah yang sama iaitu membela dan memberi kehidupan yang lebih sempurna kepada masyarakat.. Pada masa yang sama kita harus ingat Pilihan Raya ini bukan sekadar pesta tetapi masa yang terpenting untuk menentukan kepimpinan terbaik negara.. Jangan dek kerana kesilapan kita membuat pilihan anak generasi kelak menangis derita menanggung sengsara..
Pada pandangan peribadi saya pemilihan pemimpin sesuatu parti yang berjaya dalam pilihanraya kali ini haruslah diangkat berdasarkan kepada ketokohan seseorang calon wakil rakyat yang menjadi pilihan hati masyarakat setempat.. Ini kita boleh buktikan selepas pilihanraya dimana seseorang pemimpin itu mendapat mandat yang besar dari pengundi kawasannya.. contohnya memperolehi 80% kemenangan walau ditentang berapa banyak penjuru pun..
Sudah tentulah dia seorang pemimpin berkelibar dan disenangi masyarakat andainya dilantik sebagai seorang pemimpin yang besar seperti menteri kabinet dan jawatan yang seangkatan dengannya..
Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga negara yang layak.. Undilah secara betul, kerana satu undian amat bermakna pada kepimpinan negara keseluruhannya..