Jumaat, 15 April 2022

PENGAJARAN DISEBALIK COVID19


Dos pertama yang aku terima

Dos kedua 6 bulan selepas pemberian dos pertama

Pandemik COVID-19 di Malaysia
 merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang sedang melanda seluruh dunia berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 dan juga jumlah kematian akibat penyakit tersebut di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina. Setakat 14 Mac 2022, terdapat sebanyak 3,845,601 kes yang telah disahkan di Malaysia dengan sebanyak 3,502,760 kes sudah pulih sepenuhnya dan 33,899 kes kematian serta 308,942 kes masih aktif.[2][3]

Pandemik COVID-19 di Malaysia
Novel Coronavirus SARS-CoV-2.jpg
Gambar mikroskop elektron pancaran berwarna ini menunjukkan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19 - diasingkan daripada seorang pesakit di Amerika Syarikat. Partikel virus ditunjukkan timbul daripada permukaan sel-sel yang dikulturkan di makmal. Protein pepaku pada permukaan luar virus seakan bentuk mahkota (corona) memberikan nama koronavirus.

Khamis, 24 September 2020

AKU MASIH DISINI

 Jalan cerita kita berbeza. Ada orang dilahirkan dengan kemewahan, ada orang dilahirkan dalam keadaan sederhana dan ada jugak dilahirkan  susah. Tapi percayalah. Dalam setiap perjalanan ada terselit beribu cerita.                  

Walaupun kekadang kita kepenatan, tapi dari satu sudut kita belajar apa itu realiti kehidupan. Yang penting    kesungguhan dan diri  kita berusaha serta berubah menjadi lebih baik..       

Mungkin sesetengah perkara yang berlaku pada boleh dijadikan sebagai pengajaran..                     

Sebagai manusia  kita sering beranggapan keluarga adalah satu institusi yang amat penting untuk sentiasa bersama kita diwaktu susah dan senang namun tidak semestinya keluarga yang rapat dengan kita  yang akan ambil berat dan tanggungjawab sepenuhnya bila kita dalam kesusahan.. Malah ada juga yang ingin mengambil kesempatan dikala kita jatuh..     

Nilai kasih sayang yang jadi budaya teras masyarakat dahulu sudah semakin jauh ditinggalkan dalam amalan kehidupan hari ini.. 

Semasa dalam kemewahan kita seperti semut.. Keluarga terdekat akan rapat mengerumuni kita demi mendapat apa yang mereka hajatkan.. Andai kita tak bijak menangani apa erti kejujuran dan gimik kepalsuan yang dilakonkan maka akan hilanglah segala miliki demi memenuhi matlamat mereka..

Diwaktu kita didesak untuk menunaikan hasrat mereka ada masanya kita rasa serba salah dengan permainan yang mereka cipta  .. Adakala terpaksa makan hati ibarat kata pepatah di luah rasa gundah disimpan jadi resah gelisah... Jadi hendak tak hendak kita kena juga  mengalah..

Pengalaman lalu  banyak mengajar kita dalam kehidupan.. Contohnya sebagai anak  kelima dalam keluarga aku sudah biasa menjadi bahan sepak terajang.. ketengah ketepi dah macam tak ada apa-apa..

Aku rasa lebih rapat dengan orang lain dari keluarga mungkin kerana layanan baik dan selesa yang aku terima dari mereka semua..

Aku bersyukur dengan Allah selama aku bersama orang luar diri ini sentiasa dirahmati dan dihargai dan aku menikmati kemewahan yang aku impikan dalam hidup..

Waktu susah pun aku rasa bahagia sebab ada sahaja yang sedia membantu ku..

Cuma aku rasa terkilan bila kemewahan yang ku bawa untuk dikongsi bersama keluarga sentiasa disalah tafsir dan dipersiakan.. 

Apa sahaja projek yang dirancang dan dilaksanakan terbengkalai begitu sahaja tanpa arah yang jelas.. Rumah yang bakal dibina di tanah milik keluarga yang asalnya diuruskan pembinaan nya oleh ahli keluarga sendiri terkandas ..  Ini mengakibat aku mengalami kerugian yang boleh dikatakan agak besar juga setelah kelewatan tersebut menyebabkan peralatan dan kelengkapan asas membina rumah yang dibeli lebur begitu sahaja..

Sebenarnya banyak rancangan ingin aku katakan andainya aku diberi peluang.. Selepas selesai proses pembinaan rumah aku bercadang untuk meneruskan rancangan projek Taman Herbariu m ditanah pusaka arwah ayah dan ibu kepada semua adik beradik lelaki seramai lima orang.

Ditapak itu nanti aku ingin ujudkan kolam ikan, tapak tanaman pelbagai Herbarium dan beberapa buahhome stay bagi menarik minat pelancong yang berkonsepkan agro tourism..

 Tapi itulah aku terpaksa membatalkan segala niat aku itu apabila kepercayaan yang aku berikan pada keluarga sendir seakan dipersiakan.. Jalan terbaik bagi ku hanyalah mengundurkan diri dari trauma mengalami kerugian...

Tak apalah aku simpan jelah duit yang ada .. Setidak-tidaknya aku tak yah nak susah buat perancangan dan fikir yang bukan-bukan.. Bagi aku goyang kaki lagi baik rehatkan minda.. sesekali bosan  bawak kemana je kaki nak jalan


Rabu, 27 Februari 2019

MELALUI PENGURUSAN MASA YANG BETUL

Salam mesra kepada pembaca budiman. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian kalian singgah dilaman blog ini. Diharap kita dapat berkongsi sedikit sebanyak informasi untuk faedah bersama. Jangan hanya lihat muka depan sahaja tetapi layarilah dari  awal hingga akhir muka surat untuk melihat foto-foto yang menarik dan mengenali saya secara lebih dekat.  


Kehidupan adalah satu impian  yang sarat dengan harapan. Tanpa Impian, masa hadapan tiada bermakna. Malahan dalam kitab al-quran dan injil menyatakan kematian dan alam akhirat juga berkaitan dengan masa depan. 

Gambar Kenangan Bersarapan Nasi Lemak Semasa Outing  di Kayangan Apartment Genting Highland, Pahang 
    Tiada perhentian untuk orang yang mengejar impian. Sesuatu perkara yang hendak kita lakukan mestilah bermula dengan perancangan.
    Penyediaan jadual adalah langkah penting bagi kita memastikan segala urusan berjalan lancar dan efektif. Ia juga boleh mengajar kita mendisiplinkan diri dari melakukan perkara yang membazir dan perbuatan tidak berfaedah yang lain. 
    Untuk melaksanakan matlamat serta menilai pencapaian impian yang kita harapkan maka kita perlulah rajin menyediakan nota-nota tertentu seperti buku perancangan aktiviti ( Diari ) dan buku budget kewangan. 
    Perlu kita ingat adalah apa yang kita rancang dan lakukan mestilah mengikut kemampuan kita dari segi kesediaan mental dan fizikal. Apa yang kita lakukan haruslah dengan rasa  merendah  diri dan bersederhana dalam segala hal.   
    Semuanya boleh kita perolehi sekiranya kita berani, sanggup belajar, rela berkorban dan yakin dengan kewibawaan yang ada..
     Akhir sekali sentiasa berhati-hati, berfikiran positif dan elakkan sifat hasad dengki kerana perbuatan itu dikutuk oleh Allah swt..                                                                                                                                                                                             * Petikan buku :  The Way to Rich



      Rancang Kertas  Kerja Anda



DUIT DAN KESIHATAN SALING MELENGKAPI

Kalau kita ada wang berjuta pun tidak akan berguna andainya terpaksa duduk diatas kerusi roda.. Itulah selalu orang perkatakan..

Anugerah dari allah yang paling bermakna kepada seseorang manusia adalah sihat lahiriah dan batiniah. Bertuahlah kehidupan seseorang itu bila di pelihara kesihatannya sepanjang masa hidup hingga meninggalkan dunia.. 

Apa pun segalanya menuntut usaha dan ilmu..  Tanpa keduanya masih ada kekurangan yang perlu kita belajar bagaimana untuk memperolehinya.. 

JAGA KESIHATAN LUARAN DAN DALAMAN

Aku  Rasa Tenang Bila Santai Begini

1. Elakkan sebarang tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Carilah alternatif terbaik jika mengalaminya. Contohnya mendengar muzik lembut, urutan badan, berenang, membelai binatang kesayangan, mandian sauna di kamar atau melihat ikan bermain diair dan pemandangan indah  air yang mengalir.. 

2. Luangkan masa dengan keluarga. Ambil peluang untuk memanjakan diri dengan orang tersayang, bergurau senda dan merehatkan minda samaada dirumah atau santai diluar dengan pergi melancong atau balik kampung. Cari pelbagai kaedah untuk merapatkan ikatan kekeluargaan. Samaada anak dengan ibubapa, suami dan isteri, datuk nenek dan cucu.. 

3. Amalkan Gaya Hidup Berkualiti. Selalu bersenam, jauhi tabiat merokok, Menjaga keterampilan dan permakanan serta pastikan tubuh badan mendapat rehat yang secukupnya..

4. Berperasaan Baik Sangka Pada Orang lain dan Sentiasa Bersikap Merendah Diri dan Tidak Sombong.. Sebaik sebaik kejadian manusia adalah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.. Tanpa perlu belanja dan sekadar senyum dan membuat orang lain tersenyum gembira secara lansung telah memberi banyak pahala pada kita, apakan lagi kalo kita belanja orang makan lagilah besar nikmat pahala yang kita terima..

5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan seterusnya mengambil apa jua peluang barakah yang allah kurniakan pada waktu-waktu yang tertentu.. contohnye kebesaran hari jumaat, kemuliaan bulan ramadan dan kelebihan malam lailatul kadar.. ketahuilah doa-doa mustajab akan diangkat terus kelangit pada waktu-waktu yang tersebut dan dijanjikan balasan kebaikan yang banyak oleh Allah swt

Rabu, 2 Mei 2018

SIAPA KATA ANDA TAK ADA KUASA

ESOK 9 MEI 2018 KUASA LANGSUNG DI TANGAN ANDA





Hari ini kita boleh melihat semua parti-parti politik yang bertanding untuk pilihanraya kali ke14 ini lebih  bersedia, komited dan bertanggungjawap.. Bagi anda pula 09 Mei 2018 tarikh menentukan kontrak baru yang akan kita berikan sebagai mandat baru kepada parti yang layak memerintah..

Inilah peluang dan satu-satunya kuasa yang patut anda semua gunakan memilih calon yang anda rasa terbaik menerajui kepimpinan negara malaysia ini pada masa hadapan..

Disana sini kelihatan meriah dengan poster-poster yang diletakkan hampir disegenap pelusuk bandar dan kampung ..





Bagi penyokong setia parti politik pula mereka  begitu sibuk membuat persediaan sebelum menjelang pilihanraya..


Apa yang dibanggakan adalah rakyat kita kini sudah lebih terbuka.. Ini dapat dibukti bila tiada lagi berlakunya perkara-perkara yang panas antara sesama penyokong parti-parti yang bertanding semasa penamaan calon pada 28 April lalu.. 

Itulah nikmat disebalik kecerdikan, kesantunan dan kematangan masyarakat kita menerima yang terbaik dalam dunia yang tanpa sempadan sekarang ini.. Harapan saya suatu hari nanti media kita akan jadi lebih terbuka dalam mengenengahkan sesuatu isu..

Masyarakat Malaysia dapat mengadaptasi segala apa yang didedahkan dalam media internet dan juga media interaktif lain seumpamanya secara lebih reasional dan relevan.. Sikap keterbukaan kerajaan juga secara lansung telah  mendorong masyarakat negara ini berfikiran global..



Ini secara lansung telah memberi nilaian yang paling berguna terutamanya kepada generasi muda dalam ertikata sebenar kebebasan itu adalah tanggungjawap yang perlu kita pikul sebagai warga yang cintakan negara dan bukan kebebasan kosong yang tak bermakna..

Alhamdulillah, semoga pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar dan tersusun tanpa ada sebarang perkara yang tak diingini..

Sebagai warganegara yang cintakan kedamaian dan kemakmuran marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawap sebagai seorang rakyat Malaysia dengan keluar mengundi  ditempat-tempat yang telah ditetapkan..

Islam mengajar kita supaya berlapang dada bila melakukan sesuatu perkara.. Oleh itu buatlah pilihan yang bijak kerana undi kita akan menentukan masa depan kepimpinan negara kelak..

Kita amat bersyukur kerana dikurniakan ramai tokoh pemimpin berwibawa selama ini yang sentiasa melihat kepentingan negara lebih dari segala-galanya..

Pilihanraya ini adalah proses pembaharuan sistem kepimpinan itu sendiri atau dalam bahasa terkini fasa naik taraf dalam sesuatu era pendemokrasian itu..

Adakala berlaku peralihan kepimpinan selepas pilihanraya manakala ada juga terjadi dimana kepimpinan sedia ada terus kekal memerintah cuma yang berubah mungkin barisan kabinet dan kedudukan ahli-ahli yang behormat di Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.. 

Biasalah dalam berpolitik terdapat pelbagai perbezaan pendapat namun ia tidak semestinya sebagai satu penghalang untuk kita mencari titik peyatuan antara satu dengan yang lain sebagai bangsa Malaysia yang merdeka dan bermaruah..

Bagi pandangan orang-orang melayu parti PAS adalah parti yang mulia sementara UMNO parti yang banyak menabur jasa.. PKR pula sebuah parti yang menjurus kepada kesaksamaan sebagai satu bangsa..

Apa pun perjuangan politik masing-masing semuanya menuju kearah yang sama iaitu membela dan memberi kehidupan yang lebih sempurna kepada masyarakat.. Pada masa yang sama kita harus ingat Pilihan Raya ini bukan sekadar pesta tetapi masa yang terpenting untuk menentukan kepimpinan terbaik negara..  Jangan dek kerana kesilapan kita membuat pilihan anak generasi kelak  menangis  derita menanggung sengsara..

Pada pandangan peribadi saya pemilihan pemimpin sesuatu parti yang berjaya dalam pilihanraya kali ini haruslah diangkat berdasarkan kepada ketokohan seseorang calon wakil rakyat yang menjadi pilihan hati masyarakat setempat.. Ini kita boleh buktikan selepas pilihanraya dimana seseorang pemimpin itu mendapat mandat yang besar dari pengundi kawasannya.. contohnya  memperolehi 80% kemenangan walau ditentang berapa banyak penjuru pun..

Sudah tentulah dia seorang pemimpin berkelibar dan disenangi masyarakat andainya dilantik sebagai seorang pemimpin yang besar seperti menteri kabinet dan jawatan yang seangkatan dengannya..

Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga negara yang layak.. Undilah secara betul, kerana satu undian amat bermakna pada kepimpinan negara keseluruhannya..

Sabtu, 21 Oktober 2017

MANFAAT DAN KHASIAT IKAN KELI ATAU IKAN LELE

Sila Jangan Diabaikan Ingatan Ini !! Kerugian Besar Jika Anda Tidak Mahu Makan Ikan Keli . Usah percaya pada propaganda sesetengah pihak yang sengaja menjatuhkan perusahaan yang rata-rata dimiliki oleh penternak kecil-kecilan bumiputera dengan memberi persepsi negatif kononnye ikan keli antara ikan yang patut di keluarkan dari kategori hidangan makanan yang sedap, murah dan berkhasiat  ..

KELI BERLADO
KELI GORENG RANGUP
KELI MASAK THAI
KELI ASAM PEDAS

KELI MASAK LOMAK CILI PADI BELIMBING BULUH




KELI MASAK TEMPOYAK
KARI KELI


KELI MASAK TAUCU DAN PETAI












Antara Jenis-jenis Ikan Keli :-

     1.   Ikan Keli Kayu
5.   Ikan Keli Africa









KELI LIAR / LIMBAT

KELI TERNAK 













PETUA SIANG IKAN KELI TIDAK HANYIR APABILA DIMASAK

“ Nenek saya pesan, kalau nak bersihkan ikan keli, selain menggunakan limau untuk buang lendir dan kekotoran, kelar juga di bahagian 'leher' ikan untuk buang darah beku.




Hasilnya ikan tak terasa hanyir setelah dimasak..siapa buat perkara yang sama kita geng”.

Kajian Pakar Tempatan

Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Kajian Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. 

Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

Omega-3 yang terdapat dalam ikan keli membantu:


  • Menyelesaikan masalah kemandulan.
  • Dapat menyuburkan rahim.
  • Ianya juga boleh merawat kanser awal.

Selasa, 17 Oktober 2017

MENGURUS KEWANGAN ANDA DAN TIPS MENJANA KEKAYAAN SEBENAR..

WANG SEBAGAI SUMBER KEPERLUAN

Kebanyakan journal penulisan yang saya baca berkaitan ekonomi saya amat tertarik dengan beberapa tiori yang mana begitu berkesan dalam mengajar saya bagaimana untuk mengurus kewangan sendiri..

Tidak perlu masuk skim cepat kaya atau skim tarik duit.. Hanya dengan sedikit-sedikit menyimpan tanpa memakan masa yang lama kita akan memperolehi simpanan yang boleh dibanggakan andainya kita berani memulakannya.. 

Bayangkan dalam masa lima tahun target untuk mendapatkan  simpanan berjumlah berpuluh ribu akan jadi kenyataan dan sumber simpanan akan jadi lebih besar bila kita bijak cari tempat pelaburan yang sudah tentu terjamin keselamatannya seperti unit saham amanah ASB atau Tabung Haji..

Peribahasa Ukur Baju di Badan Sendiri haruslah dijadi pegangan kita dan sikap Biar Papa Asal Bergaya mestilah kita jadikan sempadan dan teladan..   

Ketahuilah kekayaan sebenar bukan atas apa yang seseorang individu itu miliki  tetapi kaya lebih bermakna bila merdekanya seseorang dari segala hutang dan piutang..

Kekuatan yang ada pada orang kaya ialah ia boleh mengagihkan bantuan kepada mereka yang kekurangan dalam segala hal pada bila-bila masa yang diperlukan..

Seseorang bergelar jutawan sekali pun tidak boleh diiktiraf kaya andainya ia masih mempunyai hutang yang tertunggak dengan pihak kewangan seperti pinjaman bank dan sebagainya.. 

Untuk pembaca budiman berbelanjalah secara berhemah.. Setiap kali dapat gaji bahagikan pecahan wang kepada tiga bahagian :-

Pertama : Upah Untuk Diri Sendiri (Iaitu satu pertiga dari pendapatan kasar).. Contoh Gaji RM3000-00 masukkan dlm simpanan khas sebanyak RM1000-00.

Kedua    : Belanja Keperluan Semasa Diri dan Keluarga sepertiga dari yang kita perolehi RM1000-00.

Ketiga    : Bayaran Rumah, Kereta  dan Utility atau sebagainya dari sepertiga yang akhir RM1000-00







Kalau Kita nak masa depan yang lebih baik kita kena renungkan apa yang kita ada hari Ini.. 

Jangan sampai kehidupan yang sepatutnya kita lalui dengan ceria beralih menjadi sugul  bila kita tidak boleh berkata apa-apa lagi disebabkan tiada duit dan dikelilingi hutang ibarat seperti yang selalu diperkata dalam perkataan Inggeris “ No money, no Talk "

Tiori asalnya makna DUIT dalam bahasa melayu ialah buat sesesuatu atau DO IT dalam english.. manakala dalam islam DUIT mempunyai pengertian yang amat luas.. Contoh Abjad permulaan D bermaksud Doa, U itu Usaha, I sebagai Istigomah dan T yang terakhir Tawakal 




JOM .! BUAT DUIT BERMODALKAN IDEA BERNAS 

Dokumentasikan Aliran Kewangan Anda

Saiz pendapatan bulanan anda tidak penting sama sekali tetapi apa yang anda simpan dari lebihan pendapatan itu yang mustahak untuk masa depan .

Perkara utamanya adalah saiz pendapatan bersih anda. Anda boleh bergaji lebih daripada Rm10,000 sebulan tetapi sekiranya pendapatan bersih anda hanya Rm300 sebulan maka ianya kurang bermakna..

Manakala, sekiranya gaji anda hanya Rm 3,000 tetapi pendapatan bersih anda adalah Rm1000, maka itu adalah jauh lebih bermanfaat insyaAllah.

Pendapatan bersih yang saya maksudkan dalam konteks artikel ini adalah baki pendapatan anda setelah ditolak keperluan asas seperti kos kediaman, pengangkutan dan makanan.

Melalui pendokumentasian aliran kewangan anda, insyaAllah skil pengurusan kewangan anda akan melonjak. Anda boleh menilai ke mana pendapatan bersih anda pergi dan sekiranya perlu, anda boleh mengubah strategi pada bulan hadapan mengikut kesesuaian gerak kerja anda.

Pendapatan bersih yang besar membolehkan anda melabur dalam aset yang lebih luas bagi menjana kewangan secara lebih dinamik..

Dibawah ini adalah contoh catatan akaun saya yang boleh dijadikan panduan untuk pembaca yang berminat membuat budget akaun sendiri. Cara yang saya buat adalah paling simple dan tak memerlukan kita nak menulis sepanjang masa. Cukuplah buat catatan dalam seminggu sekali.. Untuk mudahkan kerja ambil resit setiap payment penting dan simpan..

Pendapatan Bulan Mei RM3589,85 - Perbelanjaan RM1550 
 = RM2039.85 (Pendapatan Bersih) 


PENYATA TAHUNAN


* Berjalur biru  adalah in out budget  akaun untuk bulan mei seperti catitan dalam contoh     buku tunai 

* Jumlah Pendapatan Bersih pada  tahun 2010 adalah sebanyak RM 16349.00 = purata RM1363.00 sebulan 



Simpan resit
Tips ini saya lalui sendiri.. Jika kita simpan resit kita akan mudah trace semula kemana duit kita gunakan sebab ada tarikh dan catatan banyak mana kita berbelanja pada waktu itu. Paling baik simpan resit belian yang penting dan resit pengeluaran wang dalam satu fail pelbagai belanja .. Bahagikan mengikut tajuk dan kategori seperti kad topup phone, resit bank, resit utility dan maintenance kereta motor untuk rujukan..
RING FAIL MUDAH DIDAPATI DI KEDAI BUKU

Note :-
Kebanyakan ahli perniagaan kecil dan serdahana yang saya buat kajian di bahagian Retailing Mini Market PIHP dulu bangkrap kerana gagal mengurus rekod kewangan dengan betul atau kurang ambil perhatian dalam prinsip perakaunan ini.

Ingatlah kealpaan kita dalam mengendalikan pengurusan kewangan akan menjejaskan matlamat kita untuk menikmati kejayaan yang berterusan..

Zakat dan sedekah juga perkara yang patut diberi perhatian. Semakin banyak kita memberi semakin banyak lah pula balasan kebaikan yang kita terima. Hanya mereka yang pernah berbuat  sedemikian sahaja akan merasai kejaiban itu.. wallahua'lam


Apa yang kita lakukan sebenarnya semua bagi manfaat betul tak ?.. Kalo berniaga kita bantu orang mudah mendapat barang keperluan mereka.. Kalo bertani kita bantu peniaga mendapat bekalan sayur untuk pengguna, semuanya saling berkaitan memberi manfaat antara satu dengan yang lain.. Cuma orang yang malas dan hidup dengan cara pendapatan haram jadah je tak beri sebarang manfaat.. 

Beginilah bila duit aku dah banyak.. Letih nak mengira.. Bertingkat-tingkat  kata waris dalam lagunya..huhu